FollowerS

Wednesday, May 29, 2013

Wanita cantik

Assalam semua... Hari ni nak cerita pasal favourite actress. Dengan ini dimaklum kan bahawasanya saya sangat suka dan meminati pelakon Fazura. Ceh... macam nak umum tarikh raya puasa plak. Hahaha....

Apatah lagi semenjak dua menjak ni bila tengok dia berlakon dalam cerita "Kisah Cinta" slot Lestary di Tv3. Aduhai... Dengan muka nya yang cantik itu, senyuman menawan, pertuturan lemah lembut, gaya yang mempersona, siapalah yang tak terpikat? Sungguh, dia tersangatlah adorable yer kawan-kawan. Confirm nanti kalau jumpa face to face lagi lah terserlah kejelitaan dia berbanding bila tengok kat tv.

Biasalah, lumrah wanita ingin kelihatan cantik. Tidak kiralah dari segi pakaian, dandanan, aksesori, pendek kata head to toe mahukan kesempurnaan walaupun tiada apa dan siapa yang sempurna di dunia ini. :)

Masa tengok scene dia berlakon kat dalan cerita "Kisah Cinta" tu, aku dan hubby siap puji-puji Fazura ni. Bilamana hubby cakap " Keayuan dia terserlah kan? " Aku angguk menyetujuinya. Aku tambah lagi " Suka tengok dia membawa diri di dalam industri seni tanah air ni. Dia tak mudah melatah dengan gossip.  Sangat cool! "

 Iyelah, namapun dah minatkan. Hehe... Tapi ini bukanlah pujian semata, pujian ini ikhlas dari hati sanubari kiteorg yang minat kat Fazura... :D

Bila difikirkan, sebenarnya orang yang cantik ni berdaya buat kita bersemangat, macam bila sang suami tengah berduka lara ataupun baru balik dari tempat kerja, dengan perasaan kecamuk bila berdepan masalah serta lelah bila seharian menghadapi pekerjaan lantas terpandangkan sayup-sayup wajah isteri yang mendamaikan. Serta-merta hilang segala perasaan yang tidak enak itu.

Tidaklah yang disebut cantik itu semestinya berwajah tirus atau bujur sirih, berhidung mancung, berkulit licin, berpinggang ramping yang semestinya kurus. Namun, cantik itu mestilah lahir dari hati. Dalaman seseorang itu yang memainkan peranan penting untuk menampakkan makna cantik yang sebenar. Seperti mana Fazura, perwatakkannya yang mempersona itu menyerlahkan kecantikkanya.

Lagipula, Allah s.w.t telah menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian, so, no worries. Semua manusia di muka bumi adalah cantik-cantik belaka. ;)

Ok, now boleh cuci mata tengok gambar cantik Fazura.


Sumber: Google

No comments: