FollowerS

Wednesday, April 30, 2014

They are gone...


R.I.P for them...



Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari... Ya Allah... baru kali ni aku merasa, membelai anak kucing, menjaga mereka, menyusukan mereka. Membersihkan najis mereka. Terasa sungguh bila pagi 28.4.14 mereka tidak mengiau/merengek meminta susu. Langsung senyap suasana di dapur. 

Setibanya Guccci malam itu bagaikan petanda yg mereka berempat akan pergi meninggalkan kami.  Suram seketika bila melihatkan mereka kaku tidak berdaya. 

Walaupun seketika, mereka telah menceriakan kami. Terima kasih ya Allah... 


Gambar terakhir mereka yg sempat aku rakamkan...

Gigitan serangga

Memang macam pelik kan bila baca tajuk tu? Bukannya apa, hari Khamis lepas, terasa kaki ni kena gigit something tapi tak tau serangga apa, dahla tu tak ambik pot sangat. Garu2 sikit pastu dah.

Tak tau pulak lama-lama kaki yg kena gigit tu makin lama makin membengkak makin merah.

Ni dia, merah jer...

Then, bila hari Jumaat perasaan dah makin tak selesa. Bila bangun tido, nak bejalan tu kaki rasa berat semacam jer. Bila melangkah rasa sakit sangat. Kebetulan pulak pagi tu ada hal sikit. Kena settle kan dulu la yg penting then rasa dh tak dapat tahan lagi, terus pecut pegi klinik petang tu jugak...

Bila jumpa doktor dia cakap kena gigtan serangga atau binatang.  Tapi taklah berbahaya serta takdelah bisa tu terok sangat. Siap cek demam ke tak, sebab kalau binatang berbisa dah tentu2nya kena demam. Sakit tu...

Doktor bagi krim utk sapu kat kesan gigitan tu dan pil utk makan selepas makan tengahari makan selepas makan malam.




Dua hari selepas tu dah nampak kesan, kaki pun semakin ok. Alhamdulillah...




Apapun, still tak dapat recall apa dia binatang yg dah 'menyerang' tu?

Sunday, April 27, 2014

Gucci in da house!

Alhamdulillah...

Dia dah balik! My boy, Gucci... Im so worried bout u.

Tadi selepas balik makan. Fikirkan kalaulah balik ni Gucci ada depan pintu.  Tapi hampa jugak. Dah memang sah takde.

Then, husband nak keluar dari kereta, dia cakap "Gucci dah balik!"

Aku dengan muka terkejut menyoal "Gucci? Mana?" Husband pegang Gucci, peluk dia. Ya Allah... Rindunya... Walaupun baru semalaman takde.  Tak sanggup kalau kehilangan dia. Dahla mak dia dah tak balik 2 minggu, janganlah dia pun turut sama takde. Memang kesedihan berganda lah. :(

Apapun, syukur sangat2, balik dah dia... Im so happy!!!


Kisah kucingku...

Salam semua...

Tak tau nak cakap apa. Padahal dah nak masuk 4 bulan 2014 ni berlalu. Sepatutnya banyak yg nak di cerita kan tapi entahla...

Hari happy - My lovely cat name Coco dah selamat  melahirkan 4 anak yg comel2 pada 10.4.14. 2 ekor belang hitam putih, 1 putih macam mama dia, 1 lagi belang oren... Aduhai... love them so much!♡♡♡



Hari unhappy -  15.4.14 malam, Coco tak balik... Mungkin esok ada dia balik, dengan harapan... Bangun pagi, 1st buat, bukak pintu rumah. Takde jugak dia depan pintu. Hati dah risau. Start enjin motosikal, carik kat belakang rumah, kat longkang, depan lorong atas pokok.  Semua tempat takde... ya Allah... Hari ni dah 27.4.14 dah 13 hari Coco tak balik.


Coco balikla...


Gucci where are you?


Semalam...
Gucci anak kepada Coco tak balik selepas dilepaskan masa makan. Selalunya kalau dipanggil cepat jer dia balik. Cute dan Kiki dah pun balik, dia jer yg takde. Risau betul la. Aku jalan kaki sampai depan lorong carik dia. Ya Allah...
Sampai hati betul kalau ada org yang curi dia, dialah kesayangan kiteorg ( me and my husband) after Coco.

Memang lah orang akan cakap kucing hilang adalah perkara biasa. Tapi aku tak biasa hilang sekaligus. Airmata pun akan gugur jua bila ini berlaku...
Pulanglah Coco dan Gucci...




Wednesday, April 16, 2014

It's all about business

Selepas bertahun-tahun menjalankan perniagaan online, sedikit demi sedikit perubahan dilakukan.

Alhamdulillah... kali ini kita buat ala-ala business card.

Takde la hebat mana, semua pakai fon jer. Inilah yg mampu. Syukur ya Allah...




Happy shopping!!!

Untuk sebarang pertanyaan / tempahan sila email kami di alamat : arisfuzzy@gmail.com

Pembayaran boleh dibuat di Account Maybank kami : 164258418659 - SARINAH IMAN