FollowerS

Wednesday, June 18, 2014

He is 13!

Begitu pantas masa berlalu...

Adik iparku yang bongsu sudah besar, dulu masih berlari-lari ke sana ke mari bersama sepupunya yang sama umurnya. Kini telah bertukar seluar sekolah nya dari biru tua ke warna hijau.

2001 - 2014. 13 tahun sudah usianya. Bagaikan baru semalam kami mendakap dia yang masih bayi. Ketika itu, aku sudah lama berkawan dengan suamiku.

Awal-awal lagi permintaannya telah dinyatakan oleh ibu mertuaku kepada suamiku, makan-makan di Hartz Chicken Buffet. Hehe... Kalau keluargaku, jarang sungguh dapat membuat keraian untuk ulangtahun seperti ini.





















Time ni memang masih nampak kebudak-budakkan, tunggu lah lagi 2 ke 3 tahun lagi, confirm berubah.  Hehe...
Aku selalu kacau dia cakap yang misai dia dah panjang. Kelakar sangat sebab dia baru 13 tahun.  Hahaa..

Apapun, all the best dear Nurul Shazwan Fikri Bin Mohamad.

We all love you so much!


Saturday, June 14, 2014

Air kosong

Ramai yang tak suka air kosong betul tak? Kalau air manis yang dihidangkan confirm cepat habis berbanding dengan air kosong.

Rasa air kosong yang kosong atau tawar memang menyukarkan kita untuk menjadi peminatnya.

Untuk mengamalkan meminum air kosong senang jer. Minumlah air kosong sekali ganda air manis yang kita minum. Contohnya, air teh tarik segelas - air kosong segelas untuk seimbangkan berat badan, kiranya meneutralkan balik.


Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari
Sumber: sihatbertenaga.com
Marilah mula amalkan pengambilan air kosong untuk kesihatan. Insya-Allah...


Dinner with my couple

Sementara masih berdua, haruslah meluangkan masa sebaiknya dan sebanyak-banyaknya bersama. Hehe... Bak kata orang tua-tua, kalau dah ada anak nanti jangankan ber dating, nak ke toilet pun dah payah... Ha... Bayangkan begitu sekali kita berubah setelah bergelar ibu bapa. Apapun, anak adalah rezeki serta amanah dari Allah, jagalah sebaik mungkin. Bukan mudah menjadikan seorang manusia itu manusia melainkan ilmu yang berguna yang dapat melahirkan insan yang bersahsiah baik.

Hehe... best kan ada anak? Takpe2, belum rezeki lagi. Insya-Allah one fine day akan tiba jua saat itu. Masa yang ada ni, luangkan dengan suami tersayang dulu yer...

Dah set plan nak dinner kat The Sharing Downtown di Jalan Ban Hock. Western cuisine.  Sekali sekala tukar selera. Asyik-asyik nasi jugak yang lalu kat tekak, jadi kali ni biar steak pulak yang menggantikan tempat nasi.

Suasana sekeliling memang nyaman untuk berdua. Walaupun sajian mat saleh namun keindahan alam membangkitkan selera.



Best kan?


Sirloin steak, French Fries serta coke menjadi pilihan. Tak nak heavy sangat sebab nak santai-santai jer kat sini.

















Takde gambar berdua. Hehe... Biasalah lelaki jarang jumpa yang suka nak melaram depan camera kan? Takpe, paham...


Orite, makanan di sini best2, harga pun berpatutan. Jom, org Kuching serbu ramai2. Ada 2 The Sharing, 1 dekat Jalan Stapok 1 lagi di sini,  Jalan Ban Hock...

Thumbs up! Selamat mencuba yer...

Thursday, June 5, 2014

Telaga Air Kuching, Sarawak

Telaga Air adalah tempat orang ramai, orang yang minat memancing. Kedudukannya adalah 30km dari bandar Kuching.

Memang best, tengok orang memancing, kat sini, angin sepoi-sepoi bahasa menerjah pipi. Syok sangat...



Cantik kan pemandangan ni? Rasa kat luar negara... Hehe...

Antara 'tangkapan' kiteorg adalah makanan yang kiteorg beli kat sini. Makan jer memanjang... Takde kerja lain. Hahaha...


Sengkuang palit - kat atas sengkuang tu letak kuah Rojak lepas tu tabur kacang... perghhhh... 

Teringat zaman kecik-kecik dulu makan sengkuang palit ni. Aduhai... Mengimbau nostalgia betul la kakak yg jual rojak tu. Mulanya bila tanya katanya takde. Hehe... Bila nak balik tu, singgah kat kedai sebelah tu, terus dia tanya,"adik nak ke Sengkuang Palit?"
Terus mataku terbeliak, mulut tersenyum, aku menjawab soalan kakak tu "ada ker?"
"Ada ni, takpe, demi adik. Kesian pulak akak tengok, adik teringin tu".
"Alhamdulillah kak... Terima kasih". Kena ambik gambar ni sebab jarang-jarang jumpa dah orang jual. Hehe..." Akak yang jual Rojak Buah tu pun, gelak bila aku sampaikan yang Sengkuang Palit tu harus aku abadikan fotonya di Facebook.

Biasalah kan, zaman sekarang semua nak tunjuk kat FB.

Buah Asam memang kegemaran kami berdua.  Besar-besar jer, RM1 - 6hiris. Puas makan.


Confirm terliur... hehe

Ambik gambar sendiri sebab tak nak nampak gemuk. Hahaha... Tak nak mengaku debab. Kesian kan?




Before balik sempat jugak jumpa my lil sister. Dia sarat mengandung anak sulung. Dah 37 minggu. Lagi 3 minggu masa untuk melahirkan bakal tiba. Semoga dipermudahkanlah oleh Allah Ta'ala. Amin2...

Shopping time

Best nya bila dapat hadiah kan? Hehe... siapalah yang tak suka hadiah apalagi kalau benda tu memang kita suka atau minat.

Wishlist utk kasut Raya dah settle. Yeay!!!



Lama jugak mencari akhirnya bertemu idaman kalbu. Perfect! Sebiji dalam angan-anganku. Cewah!!!




Perfume Polo for Woman. Sedapnya bau... Aduhai... TQ sayang!!!



Lama mengidam, akhirnya dapat jugak... Sikit-sikit kumpul harta. Ye dak? Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya serta rezeki yg engkau beri...




Last but not least, handbag Pierre Cardin... Warna Hitam memang sesuai untuk apa jua gaya.


Alhamdulillah, walaupun begitu kita masih tetap berpijak di bumi nyata bukan berkhayal semata-mata. Apa yang diusahakan berjaya bukan hanya bergoyang kaki menanti hasil dari langit sahaja. Semua itu bohong belaka. Jika berusaha pasti berjaya. Insya-Allah... Amin2...

Kek Coklat

Lucu pulak bila kenangkan kisah nak buat Kek Coklat ni...

At first nak buat Crackers Cheesecakes tapi Cheese pulak takde kat kedai tu. Then, decided nak buat Kek Batik pulak. Bila pusing-pusing dalam kedai cari bahan, teringat serbuk koko masih ada lagi kat rumah. Terus tukar plan nak buat Kek Coklat.

Beli, telur, susu, butter, bayar kat cashier kaunter terus balik rumah. Sesampainya kat rumah, panas betul rasanya on kipas angin, apalagi, baring-baring ni memang syok. Sekali tengok terlelap pulak dah... hahaha... Memang jadilah Kek Coklat aku tu. Adoi!

Bangun-bangun warming up sikit, then, pergi dapur. Keluarkan bahan-bahan semua, start the engine babe!

Credit to ninamirza.blogspot.com for the recipe yah...

KEK COKLAT LEMBAB

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Bahan D
250 ml air panas


Cara penyediannya
1-  Satukan semua bahan B, pukul hingga putih
2-  Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis, pukul hingga sebati
3-  Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. (Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.)
4-  Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula, tambahkan air panas dan gaul rata
5-  Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
6-  Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
7-  Kek dah sejuk sedia dihidangkan ataupun ready to deco...

Selamat mencuba...







Best nya! Impian menjadi nyata... Kek Coklat Moist versi Bakar 


Selamat Hari Raya... jemput semua... Ambik aura Raya... hehe...

Makanan untuk Party Kelas Edika

Mulanya segan jugak nak tunaikan permintaan mama Edi, iaitu my best friend Sherinna. Yer la, aku ni tak lah pandai masak sangat. Sikit-sikit bolehla. Hehe...

Setelah berbincang, Mama Edi setuju aku masak / buatkan Mee Goreng & Agar-agar Buah-buahan.

The day before, kita sama-sama pergi beli bahan sebab malamnya dah kena buat Agar-agar Buah-buahan tu.

Setelah meng google, aku berjaya dapatkan resepi yg menepati bahan-bahan yang telah kami beli. Kang pandai-pandai reka resepi jadi lain pulak nanti. Hehhee..

Setelah masak agar-agar tu, beginilah jadinya....




Dah sejuk barulah masukkan dalam fridge. Esok dah boleh potong. Alhamdulillah... Menjadi jugak setelah lama tak memasak. Hehe...