FollowerS

Thursday, June 5, 2014

Kek Coklat

Lucu pulak bila kenangkan kisah nak buat Kek Coklat ni...

At first nak buat Crackers Cheesecakes tapi Cheese pulak takde kat kedai tu. Then, decided nak buat Kek Batik pulak. Bila pusing-pusing dalam kedai cari bahan, teringat serbuk koko masih ada lagi kat rumah. Terus tukar plan nak buat Kek Coklat.

Beli, telur, susu, butter, bayar kat cashier kaunter terus balik rumah. Sesampainya kat rumah, panas betul rasanya on kipas angin, apalagi, baring-baring ni memang syok. Sekali tengok terlelap pulak dah... hahaha... Memang jadilah Kek Coklat aku tu. Adoi!

Bangun-bangun warming up sikit, then, pergi dapur. Keluarkan bahan-bahan semua, start the engine babe!

Credit to ninamirza.blogspot.com for the recipe yah...

KEK COKLAT LEMBAB

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Bahan D
250 ml air panas


Cara penyediannya
1-  Satukan semua bahan B, pukul hingga putih
2-  Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis, pukul hingga sebati
3-  Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. (Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.)
4-  Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula, tambahkan air panas dan gaul rata
5-  Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
6-  Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
7-  Kek dah sejuk sedia dihidangkan ataupun ready to deco...

Selamat mencuba...







Best nya! Impian menjadi nyata... Kek Coklat Moist versi Bakar 


Selamat Hari Raya... jemput semua... Ambik aura Raya... hehe...

No comments: