FollowerS

Thursday, June 6, 2013

Sentap

Assalam semua. Entry hari ni nak cerita sikit pasal hati dan perasaan. Emo ker? Tak lah... hehehe.. Biasa jer.

Biasalah manusia ni kan, hati memang nak kena jaga. Macam tu jugaklah cerita nya dengan aku.

Entahlah. Nak kata cepat sangat melenting, iye kot?  Hahaha... Tak nak mengaku... hahaha... Apasal gelak tak ingat dunia ni? Ok2, tarik nafas dalam-dalam then, hembus. Ha... ok dah? Orite! Sambung balik dengan cerita kita ni.

Aku ni jenis kuat merajuk @ kecik hati. Mungkin bagi sesetengah orang benda tu over sebab dah tua-tua macamni masih lagi berperangai macamtu. Tak sesuai katanye. Haih! Macam mana tak kecik hati dik non, tiba-tiba boleh tegur cakap " awak ni gemuk jugak ye!" Tak ke sentap dengar ayat tu. Padahal yang menegur tu kenal pun tidak. Aduh....

Bukannya nak kisahkan apa yang orang komen kat kita. Mungkin bagi sesetengah orang komen yang dibagi tu komen yang membina. Iyeker? Tak nampak membina pun. Nampak macam menyampah adalah.

Ok, macamni, kalau kita nak bagitau tentang fizikal seseorang yang tak menarik, pakailah ayat yang dapat diterimapakai.  Contoh: "Awak makin berisi lah sekarang" Kan... sedap jugak kita ni mendengarnya. Takdelah terkebil-kebil depan orang ramai kita menahan malu kan?

Iyelah, mungkin kerana faktor usia jugakla perasaan ni sering berbolak-balik menyebabkan aku mudah sangat sentap. Apa yang orang sekeliling kita lalui tak semestinya sama dengan apa yang kita lalui.

Orang yang kahwin setahun dua dah menimang cahaya mata. Aku pulak dah nak masuk 5 tahun kahwin ni, belum jugak berezeki.
Faktor ni lah yang paling kuat aku rasakan yang buat aku mudah sangat terasa hati. Bukanlah maksudnya manja sangat sampaikan tak boleh salah sikit tapi orang tak berada di tempat kita, susah kita nak explain. Yang merasainya jer yang faham.


Bagi yang pernah terkena tempias api kemarahan aku tu, aku susun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf dari korang. Semoga korang dapat memahami kenapa aku ni mudah beno nak sentap... :)






No comments: