FollowerS

Sunday, October 9, 2011

Perubahan

Aku mengenakan baju kemeja long sleeve berwarna pink lembut. Ini adalah untuk menguatkan motivasi agar aku ok sepanjang hari pertama ini. 
Setiap hari Isnin, the company akan mengadakan short assembly di tingkat 1.
Untuk orang baru, diwajibkan untuk memperkenalkan diri serta membaca ikrar. Ops, macam masa sekolah pulak. hehehe...

Aku memperkenalkan diri kepada seluruh warga kerja di bahagian SOM.

Kemudian, aku diperkenalkan dengan Ana, orang yang bakal mengajar aku sepanjang aku dalam latihan.

Setelah selesai semua, aku belajar cara-cara untuk key-in order.

Mulanya ku ingatkan segalanya dapat kuharungi, namun, pada hari keempat, aku mula rasakan aku sudah tersalah langkah. Bagaikan aku tidak sesuai di sini. Hatiku meronta-ronta. Entahlah...

Kulihat dikalangan rakan-rakanku begitu stress. Bekerja dengan bersungguh-sungguh. Semuanya perlu disiapkan secepatnya. Lain pula yang dimarahi bos terus berlinangan air mata.
Kurasakan begitu sukar untuk menempuh hari-hari mendatang. Bagaimanalah nasib ku nanti. Aku ni boleh dikategorikan cengeng jugak. Aduh...
Kesedihan mula meliputi diri ini.

Aku akan cuba sebaik mungkin, semoga tuah menyebelahiku. Amin...
Kalau tak, selamat tinggal le jawab nya.

No comments: