Alhamdulillah... Yesss!!! Dah dapat kerja dah. Tak sangka jugak coz semua nya berlaku
pada hari yang sama.
Hari tu, aku bangun dengan rasa malas nya sebab dapat PMS. Seluruh badan sakit-sakit. Dengan penuh keterujaan aku terima satu panggilan. Orang yang call tu cakap, kena datang intebiu petang tu. Aku pun punyalah gelabah sebab takde persiapan apa pun.
Harap-haraplah takde soalan yang mencabar minda sangat. Hehe..
Nervous..
Sebelum intebiu tu, aku disuruh jawab soalan matematik, english dan apa lagi satu paper tu. Tak ingat.
Alamak... Tapi nasib baik jugak, dia bagi kalkulator. fuhhh... hehehe...
Masa intebiu tu, macam-macam jugak soalan peribadi yang ditanya contoh macam, dah ada anak ke. Aku jawabla "Belum".
"Oh, takpe. Awak kan masih muda. "
"Muda ke?" aku jawab balik. Dalam hati aku berkata, dah nak masuk angka 3. Belum juga ada rezeki. "Lagipun, tahun lepas saya miscarriage" tambah ku. Itupun aku tengok dia tulis kat form aku tu. Erm... Penting ke?
Wish me luck...
Aku tak confident masa jawab soalan yang diajukan. Iyelah, PMS ni buat aku tak selesa. Betul. Aku tak tipu. Apapun, yang penting, aku dah cuba yang terbaik.
Balik tu, aku temankan husband buat kerja dia, pergi buat copy dokumen, pergi bank. Then, Pergi jumpa customer pulak. Aduh... Lapar.... Sambil husband buat kerja dia, aku makan dulu.
Selesai sudah, husband bawak pergi makan satay pulak. Teringin nak makan satay katanya.
Dalam kami duduk-duduk makan tu, I got a call.
"Hari Isnin, awak datang, report kat HR dulu ye."
"Alhamdulillah, syukur ke atas rezeki yang Kau berikan Ya Allah".
No comments:
Post a Comment