FollowerS

Tuesday, October 11, 2011

My Bday present


TQ sayang for your present... Hehehe...
Love it so much!
Tak ada kata yang boleh ku ucapkan selepas mendapat hadiah ini. Senyuman yang lebar sudah cukup untuk aku ungkapkan bahawa aku begitu gembira. Bukan hanya kerana hadiah ini tetapi kerana ketulusan suamiku menyintaiku, cuba membahagiakanku dengan sesungguhnya. Rasanya aku cukup bersyukur atas jodoh ini. Walaupun hidup tidaklah semewah mana, namun, kebahagiaan itu membuatkan aku merasa terlebih mewah.
Alhamdulillah...

Bila difikir-fikir, hidup berumahtangga begitu banyak pancarobanya. Terlalu jauh berbeza di saat kita masih bergelar pasangan kekasih. Ketika itu, segalanya begitu indah di pandangan, semuanya manis belaka. Tidak seperti waktu sudah terikat sebagai suami isteri.

Seperti aku, ada kalanya gembira, ada kalanya berduka. Berselisih faham amatlah sering terjadi. Begitu banyak perkara yang kita sendiri ingin pasangan mengikut rentak kita, padahal sudah semestinya pasangan kita berlainan keinginan, berlainan minat, berlainan pendapat. Itulah manusia. Tidak ada yang sempurna. Terkadang aku ingin lari dari kenyataan. Menginginkan hanya yang indah-indah sahaja berlaku dalam hidup. Namun, langit tidak selalunya cerah, apa yang kita kehendaki tidak selalunya kita capai.

Lantas dari itu, aku selalu berpesan pada diriku sendiri agar berpijak di bumi nyata. Bersyukurlah pada apa yang ada. Jangan terlalu mengejar pada dunia, akhirat itu lebih penting.

Apapun, aku bahagia dengan kehidupan ku sekarang... Thank you Allah atas nikmat - Mu yang tidak terhingga ini.



yes, be myself...





Yes, I have to smile even there is a problem & be positive in life

No comments: