FollowerS

Friday, September 16, 2011

T.B

Apa T.B tu ek? hehehe... Telefon Bimbit la. Telefon aku kali ni adalah telefon pemberian hubby kesayangan. Selalu juga aku merungut dengan telefon ni, kataku, tak best! hehe... Mengada-ngada betul. Dah orang bagi tu, terima je lah. Bukan senang orang nak bagi kan?

Aku ni jenis berkepit ngan telefon bimbit. Tak kiralah kalau ke dapur, memang aku akan bawak juga.

Nak dijadikan cerita, oleh kerana terlalu akrabnya aku dengan sang T.B ni, boleh jugak aku tertinggalkan T.B ni kat rumah sorang kawan. Punyalah gelabah aku masa tu. Tuhan je yang tau. Padahal aku confident sangat yang aku dah letak T.B tu dalam beg aku. Herm...

Dah difikirkan balik, Ya Allah... Disebabkan rasa bersalah aku tak bagitau kat my dearest husband yang aku keluar, time dia call tu, aku terus cakap, aku nak balik. That's why lah T.B pun boleh tertinggal. Itulah, lain kali, kalau nak keluar, mintaklah permission dulu, then, perasaan akan tenteram bila husband bagi green lite.

Selalunya, aku akan alert dengan T.B. Tengah-tengah malam pun aku akan still bermesej, jenis aku ni, kalau lepas jumpa kawan, aku akan hantar mesej, bagitau "thanks for the meeting". Tapi malam tu, lain pulak ceritanya. Aku langsung tak ambil peduli dengan T.B ni. Sampailah ke pagi, aku buat bodoh je dengan T.B. Tak cari pun.

Sehinggalah husband bagitau, "kejap lagi kita keluar makan, awak bersiap ye". Terus ingatanku fokus kepada T.B. Macam kucing hilang anak aku selongkar beg, kereta, bilik, dapur. Tak ada.

"Yang, camane ni?"

"Selalunya awak alert dengan henpon, semalam tak pulak. Pelik betul" macam menyindir je husband aku ni. Aku call orang sana sini. Itulah masalahnya bila aku tak simpan no henpon orang manually. Semua keep in phone book.

Akhirnya, kakak kepada kawanku yang baik hati, reply me back. She gave me her sister hand phone no.

"Maaf menyusahkan".

"Takpe. Small matter".

Selamat. Aku dan husband meneruskan misi nak pegi makan. Dengan senang hati baru aku dapat nak menjalani hidup seperti biasa. Kupinjam hand phone husband, dial no my friend ni. Alhamdulillah... Memang tertinggal kat rumah dia.

"Nanti aku hantarkan kat kau ye"

"Thanx babe!"

 Start from now on, aku akan selalu jaga my property dengan baik, apalagi hadiah pemberian buah hati.

No comments: