FollowerS

Tuesday, September 13, 2011

Duit, oh, duit! kenapalah selalu tak cukup?

Bila dikenangkan, macam tak mensyukuri nikmat Tuhan lah pulak, tapi bila difikir-fikir, walau sebesar manapun gaji kita tetap tidak akan cukup untuk menampung hawa nafsu kita. Segala kehendak nafsu nak dituruti. Selagi tak dapat nanti, tak boleh tidur malam lah, tak senang duduk lah... Kadang-kadang tak paham jugak tabiat manusia ni. Padahal yang keperluan tu yang penting, bukannya kehendak . Keperluan adalah, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Yang lain2 tu pelengkap je. Kalau tak ada pun takpe. Still boleh hidup jugak.

Dulu, masa time aku masih 'single', muda remaja (sekarang ni dah tua ke?hahaha) time yang paling menyeronokkan adalah masa dapat gaji.


Masa tu lah, me reward kan diri dengan macam-macam barangan wanita, kasut, baju, beg dan entah apa-apa lagi benda yang tak berfaedah.
Bila dah tengah bulan, pening pulak kepala, duit dah tak cukup. Belanja selalu tak ingat dunia. Adakah kerana itu semua kerana pemikiran muda? atau pemikiran yang tak berlandaskan ilmu?

Kerana duit macam-macam jugak boleh jadi, membunuh, merompak sepertimana dalam kes arwah Datuk Sosilawati. Itu adalah antara punca keburukan bila terlalu taksub dengan kesenangan duniawi.
Dengan duit, kita juga boleh membuat kebaikan, kebajikan bagi merapatkan silaturahim sesama muslim.

Teringat kisah seorang makcik yang beranak 6. Tinggal di rumah kos rendah, yang mempunyai dua bilik, dengan 1 bilik mandi dan tandas. Begitu sempit.
Makcik ni punyalah baik, jaga anak pun tip top tapi masalah kewangan seringkali menjadi topik utama dalam kehidupan kita sehari-hari.
Dia pun selalu cakap, bila nak dikira memang la tak cukup, memangla rasa semput tapi apakan daya, demi anak-anak dia redah jugak, meniaga kueh-mueh. Suami nya bekerja sebagai tukang buat rumah. Biasanya, kalau ada kerja kiranya, ada orang panggil buat rumahlah, barulah ada gaji. Anak-anak pun makin hari makin membesar. Macam-macam nak kena beli, barang-barang sekolah lagi.
Benda yang sebegini membuatkan aku berfikir, tak cukupkah apa yang aku ada sekarang?
Oarng lain yang lebih susah masih boleh tersenyum dengan apa yang diaorang ada, sedangkan kita bagai dah tak boleh hidup lagi dah, padahal yang tak ada hanyalah kasut baru, beg baru, baju baru. Susah sangat kah?

Dengan dengan segala kudrat yang ada, kita masih mampu berusaha, bukannya mengharapkan pada yang ada. Bersederhana dalam setiap aspek kehidupan agar senantiasa sejahtera. Amin...

No comments: