FollowerS

Tuesday, November 15, 2011

My 3rd Wedding Anniversary

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, telah berlangsungnya perkahwinan ini selama 3 tahun. Walaupun masih baru, namun di saat inilah, aku dan suami sepatutnya sudah mula belajar mengawal emosi, belajar lebih mendalam cara-cara mengukuhkan ikatan perkahwinan. Bergaduh adalah biasa dalam sesuatu hubungan suami isteri. Tidak ada istilah bahagia setiap hari. Pasti kan ada jua saatnya gelombang melanda. Maka saat itu, belajarlah memahami hati budi masing-masing. Jika ada salah faham, segeralah leraikannya, janganlah ditunggu sehingga penuh didada dengan dendam lantas menunggu masa untuk meletup. Sekiranya ada silap yang dapat diperbaiki, tegurlah secara berhemah dan bukannya menegur secara melulu.

Sebelum ini, aku selalu naik angin, bila tiba saat "sakit perempuan" melanda. Mr. Asben asyik cakap, kalau part dia sensitip, kite jer yang kene paham. Aku mula mengkaji diriku sendiri. Bagiku, Mr. Asben perlulah memahami angin pasang surutku, namun , aku tidak pula cuba untuk memahami resah gelisahnya. Mulai saat itu, aku terus jadi positif, berfikir secara dewasa. Belajar mengawal amarah agar dapat menjadikan rmahtangga lebih harmoni.

14/11/2011 adalah tarikhnya kami telah sah menjadi pasangan suami isteri. Terima kasih sayang atas segalanya. Yang pastinya perhatianmu terhadapku selama ini, Keikhlasanmu menyayangiku yang tidak terhingga itu.. I LOVE U SO MUCH, sayang!!!

So, this is some of the pic that already been snap for the special day... EnjoY!!!



Choc Cake With Blueberry Filling... Yummy!!!



The Beverages




Dah setengah baru ingat nak snap. Garlic Bread...



Makan time panas2, syoknyer...




Memang lemak lah, semua 7 cheese kat dalam, atas pizza tu.




Tambah lagi dengan ayam nie, adoi... :)




~ US ~

2 comments:

peaNut said...

TAHNIAH DEAR...HAPPY ANNIVERSARY WALAUPUN TERLAMBAT BEBERAPA HARI NK WISH...EHEHE...HOPE CEPAT2 LA D KURNIAKAN BABY YG KIUT MIUT

Ari Isfuzzy said...

Thank u dear... Amin.. semoga segala yg diharapkan tercapai. kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yg menentukan segalanya...