FollowerS

Wednesday, November 28, 2012

3 series

Terkenang pulak aku kisah hari ulangtahun yang lalu. Walaupun dah berlalu kesannya sampai ke hari ini. Kisahnya bukanlah kisah sedih tetapi meruntun jiwaku sebagai seorang isteri.

Mr. Asben suka sangat buat koleksi jam tangan, sehinggakan bila dia minat satu-satu jam, dia akan google sampai puas hati. Bila dia tengok orang pakai jam yang memang diimpi-impikan, dia akan tanya kat orang tu (kalau orang tu dia kenal lah, hehehehe...). Betapa obses nya dia kan? Semua org ada minat masing-masing, macam aku minat bag. Tapi tak dapat la asyik nak membeli. kalau jumpa kat shopping mall, confirm akan belek-belek. Macam-macamnye...

Satu hari tu, mood ku tak baik, Mr. Asben pulak sibuk nak ajak pergi meronda. Erm... Dalam hati, malas betul nak siap-siap, nak pakai lawa-lawa, nak mekap lagi. Apapun, orang dah ajak tu, kena juga penuhi permintaan dia. Karang dia merajuk pulak, camane? hihi...

Habis dah shopping dijelajahi, dari satu tempat ke satu tempat, dari tingkat bawah, ke tingkat atas. Pening ah...

Last-last, aku dah tak larat, Mr. Asben, ajak duduk tepi jalan. Makan burger, minum air tin, rasa macam  time dulu-dulu, time muda-muda. hahahahaha.... Muda lah sangat. Then, Mr. Asben hulur kat aku 1 kotak. Time tu, aku siap marah lagi kat dia.

ni ha, comel kan...




Selepas aku membebel, dia senyum, dia cakap, "ni untuk awak la". Ha? Akupun hairan la, sebab Birthday aku belum lagi, takkan lah dah nak bagi hadiah. Erm... Suprise ek?

Mr. Asben kata lagi, "Buka lah hadiah tu".
"Tak nakla, tunggu hari sebenar, barulah best!"

Bila tiba hari yang dinanti, tadaaaa......



Thank you sayang!














Inilah dia hadiahnya. Jam yang aku pernah cakap kat dia, yang aku ingin nak pakai. Alhamdulillah, dapat jugak aku pakai. Syukur ya Allah...

This is from my sister.... Thanks!

Alhamdulillah, dapat lagi Secret Recipe punya cake from my sister. TQ darling! 


Syukur, dapat lagi h/p yg cute, pink lagi.... hehehe... from my bos...


Puding Caramel from my SIL... TQ sis... :)


Dah masuk 30 tahun dah usiaku. Syukur sangat-sangat sebab masih bernafas, masih diberi peluang oleh Allah swt untuk terus berusaha berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah ya Allah.....

Semoga dengan rahmat - Mu ini, aku akan terus Engkau bimbing... Amin...

No comments: