Setelah berbincang, Mama Edi setuju aku masak / buatkan Mee Goreng & Agar-agar Buah-buahan.
The day before, kita sama-sama pergi beli bahan sebab malamnya dah kena buat Agar-agar Buah-buahan tu.
Setelah meng google, aku berjaya dapatkan resepi yg menepati bahan-bahan yang telah kami beli. Kang pandai-pandai reka resepi jadi lain pulak nanti. Hehhee..
Setelah masak agar-agar tu, beginilah jadinya....
Dah sejuk barulah masukkan dalam fridge. Esok dah boleh potong. Alhamdulillah... Menjadi jugak setelah lama tak memasak. Hehe...
Beginilah rupanya setelah dipotong. Berwarna-warni. Bagaikan hati ini yang happy dengan kejayaan membuat Agar-agar Buah-buahan C7. Yeay!!!
Apapun, nak share resepi kat sini buat tatapan korang semua... Selamat mencuba yer... Credit to Balqis-resepiku.blogspot...
Bahan-bahan :
37.5 gram agar-agar bertali
8 cawan air
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan koktel (boleh ditambah jika mahu lebih banyak buah)
Gula secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Rebus agar-agar bersama 7 cawan air hingga agar-agar kembang dan hancur semuanya.
2. Masukkan gula secukup rasa. Biarkan hingga gula larut.
3. Seterusnya, masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih. Tutup api.
4. Susun buah-buahan koktel di dalam dulang atau bekas.
5. Tuang agar-agar yang dimasak tadi dan dibiarkan sejuk. Tunggu hingga agar-agar keras.
6. Sedia untuk dihidang.
~~~~♡♡♡♡♡~~~~♡♡♡♡♡~~~~
Masakan yang kedua ialah Mee Goreng...
Simple jer, letak sosej lebih. Yang penting kanak-kanak suka dan Mama Edi gembira. Alhamdulillah settle kerja, Mama Edi punyalah hepi. Sedap kata nyer.... Syukur lah sebab dia suka.
Apapun, masa whatsapp dengan Mama Edi ni, sempat juga aku berseloroh kataku "Aku tengah practice masak untuk Party anak sendiri nanti."
"Insya-Allah" jawab Mama Edi...
Perasaan berbesar hati tu memang tak terucap dah. Memang aku pun happy. Pertamanya sebab aku dapat tolong kawan buat sesuatu yang bermakna walaupun tak seberapa. Semoga kita sama-sama dilimpahkan rahmat dari Yang Maha Esa. Amin2...
Meriahnyer! |
No comments:
Post a Comment