FollowerS

Wednesday, June 18, 2014

He is 13!

Begitu pantas masa berlalu...

Adik iparku yang bongsu sudah besar, dulu masih berlari-lari ke sana ke mari bersama sepupunya yang sama umurnya. Kini telah bertukar seluar sekolah nya dari biru tua ke warna hijau.

2001 - 2014. 13 tahun sudah usianya. Bagaikan baru semalam kami mendakap dia yang masih bayi. Ketika itu, aku sudah lama berkawan dengan suamiku.

Awal-awal lagi permintaannya telah dinyatakan oleh ibu mertuaku kepada suamiku, makan-makan di Hartz Chicken Buffet. Hehe... Kalau keluargaku, jarang sungguh dapat membuat keraian untuk ulangtahun seperti ini.





















Time ni memang masih nampak kebudak-budakkan, tunggu lah lagi 2 ke 3 tahun lagi, confirm berubah.  Hehe...
Aku selalu kacau dia cakap yang misai dia dah panjang. Kelakar sangat sebab dia baru 13 tahun.  Hahaa..

Apapun, all the best dear Nurul Shazwan Fikri Bin Mohamad.

We all love you so much!


Saturday, June 14, 2014

Air kosong

Ramai yang tak suka air kosong betul tak? Kalau air manis yang dihidangkan confirm cepat habis berbanding dengan air kosong.

Rasa air kosong yang kosong atau tawar memang menyukarkan kita untuk menjadi peminatnya.

Untuk mengamalkan meminum air kosong senang jer. Minumlah air kosong sekali ganda air manis yang kita minum. Contohnya, air teh tarik segelas - air kosong segelas untuk seimbangkan berat badan, kiranya meneutralkan balik.


Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari
Sumber: sihatbertenaga.com
Marilah mula amalkan pengambilan air kosong untuk kesihatan. Insya-Allah...


Dinner with my couple

Sementara masih berdua, haruslah meluangkan masa sebaiknya dan sebanyak-banyaknya bersama. Hehe... Bak kata orang tua-tua, kalau dah ada anak nanti jangankan ber dating, nak ke toilet pun dah payah... Ha... Bayangkan begitu sekali kita berubah setelah bergelar ibu bapa. Apapun, anak adalah rezeki serta amanah dari Allah, jagalah sebaik mungkin. Bukan mudah menjadikan seorang manusia itu manusia melainkan ilmu yang berguna yang dapat melahirkan insan yang bersahsiah baik.

Hehe... best kan ada anak? Takpe2, belum rezeki lagi. Insya-Allah one fine day akan tiba jua saat itu. Masa yang ada ni, luangkan dengan suami tersayang dulu yer...

Dah set plan nak dinner kat The Sharing Downtown di Jalan Ban Hock. Western cuisine.  Sekali sekala tukar selera. Asyik-asyik nasi jugak yang lalu kat tekak, jadi kali ni biar steak pulak yang menggantikan tempat nasi.

Suasana sekeliling memang nyaman untuk berdua. Walaupun sajian mat saleh namun keindahan alam membangkitkan selera.



Best kan?


Sirloin steak, French Fries serta coke menjadi pilihan. Tak nak heavy sangat sebab nak santai-santai jer kat sini.

















Takde gambar berdua. Hehe... Biasalah lelaki jarang jumpa yang suka nak melaram depan camera kan? Takpe, paham...


Orite, makanan di sini best2, harga pun berpatutan. Jom, org Kuching serbu ramai2. Ada 2 The Sharing, 1 dekat Jalan Stapok 1 lagi di sini,  Jalan Ban Hock...

Thumbs up! Selamat mencuba yer...

Thursday, June 5, 2014

Telaga Air Kuching, Sarawak

Telaga Air adalah tempat orang ramai, orang yang minat memancing. Kedudukannya adalah 30km dari bandar Kuching.

Memang best, tengok orang memancing, kat sini, angin sepoi-sepoi bahasa menerjah pipi. Syok sangat...



Cantik kan pemandangan ni? Rasa kat luar negara... Hehe...

Antara 'tangkapan' kiteorg adalah makanan yang kiteorg beli kat sini. Makan jer memanjang... Takde kerja lain. Hahaha...


Sengkuang palit - kat atas sengkuang tu letak kuah Rojak lepas tu tabur kacang... perghhhh... 

Teringat zaman kecik-kecik dulu makan sengkuang palit ni. Aduhai... Mengimbau nostalgia betul la kakak yg jual rojak tu. Mulanya bila tanya katanya takde. Hehe... Bila nak balik tu, singgah kat kedai sebelah tu, terus dia tanya,"adik nak ke Sengkuang Palit?"
Terus mataku terbeliak, mulut tersenyum, aku menjawab soalan kakak tu "ada ker?"
"Ada ni, takpe, demi adik. Kesian pulak akak tengok, adik teringin tu".
"Alhamdulillah kak... Terima kasih". Kena ambik gambar ni sebab jarang-jarang jumpa dah orang jual. Hehe..." Akak yang jual Rojak Buah tu pun, gelak bila aku sampaikan yang Sengkuang Palit tu harus aku abadikan fotonya di Facebook.

Biasalah kan, zaman sekarang semua nak tunjuk kat FB.

Buah Asam memang kegemaran kami berdua.  Besar-besar jer, RM1 - 6hiris. Puas makan.


Confirm terliur... hehe

Ambik gambar sendiri sebab tak nak nampak gemuk. Hahaha... Tak nak mengaku debab. Kesian kan?




Before balik sempat jugak jumpa my lil sister. Dia sarat mengandung anak sulung. Dah 37 minggu. Lagi 3 minggu masa untuk melahirkan bakal tiba. Semoga dipermudahkanlah oleh Allah Ta'ala. Amin2...

Shopping time

Best nya bila dapat hadiah kan? Hehe... siapalah yang tak suka hadiah apalagi kalau benda tu memang kita suka atau minat.

Wishlist utk kasut Raya dah settle. Yeay!!!



Lama jugak mencari akhirnya bertemu idaman kalbu. Perfect! Sebiji dalam angan-anganku. Cewah!!!




Perfume Polo for Woman. Sedapnya bau... Aduhai... TQ sayang!!!



Lama mengidam, akhirnya dapat jugak... Sikit-sikit kumpul harta. Ye dak? Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya serta rezeki yg engkau beri...




Last but not least, handbag Pierre Cardin... Warna Hitam memang sesuai untuk apa jua gaya.


Alhamdulillah, walaupun begitu kita masih tetap berpijak di bumi nyata bukan berkhayal semata-mata. Apa yang diusahakan berjaya bukan hanya bergoyang kaki menanti hasil dari langit sahaja. Semua itu bohong belaka. Jika berusaha pasti berjaya. Insya-Allah... Amin2...

Kek Coklat

Lucu pulak bila kenangkan kisah nak buat Kek Coklat ni...

At first nak buat Crackers Cheesecakes tapi Cheese pulak takde kat kedai tu. Then, decided nak buat Kek Batik pulak. Bila pusing-pusing dalam kedai cari bahan, teringat serbuk koko masih ada lagi kat rumah. Terus tukar plan nak buat Kek Coklat.

Beli, telur, susu, butter, bayar kat cashier kaunter terus balik rumah. Sesampainya kat rumah, panas betul rasanya on kipas angin, apalagi, baring-baring ni memang syok. Sekali tengok terlelap pulak dah... hahaha... Memang jadilah Kek Coklat aku tu. Adoi!

Bangun-bangun warming up sikit, then, pergi dapur. Keluarkan bahan-bahan semua, start the engine babe!

Credit to ninamirza.blogspot.com for the recipe yah...

KEK COKLAT LEMBAB

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Bahan D
250 ml air panas


Cara penyediannya
1-  Satukan semua bahan B, pukul hingga putih
2-  Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis, pukul hingga sebati
3-  Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. (Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.)
4-  Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula, tambahkan air panas dan gaul rata
5-  Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
6-  Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
7-  Kek dah sejuk sedia dihidangkan ataupun ready to deco...

Selamat mencuba...







Best nya! Impian menjadi nyata... Kek Coklat Moist versi Bakar 


Selamat Hari Raya... jemput semua... Ambik aura Raya... hehe...

Makanan untuk Party Kelas Edika

Mulanya segan jugak nak tunaikan permintaan mama Edi, iaitu my best friend Sherinna. Yer la, aku ni tak lah pandai masak sangat. Sikit-sikit bolehla. Hehe...

Setelah berbincang, Mama Edi setuju aku masak / buatkan Mee Goreng & Agar-agar Buah-buahan.

The day before, kita sama-sama pergi beli bahan sebab malamnya dah kena buat Agar-agar Buah-buahan tu.

Setelah meng google, aku berjaya dapatkan resepi yg menepati bahan-bahan yang telah kami beli. Kang pandai-pandai reka resepi jadi lain pulak nanti. Hehhee..

Setelah masak agar-agar tu, beginilah jadinya....




Dah sejuk barulah masukkan dalam fridge. Esok dah boleh potong. Alhamdulillah... Menjadi jugak setelah lama tak memasak. Hehe...


Wednesday, April 30, 2014

They are gone...


R.I.P for them...



Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari... Ya Allah... baru kali ni aku merasa, membelai anak kucing, menjaga mereka, menyusukan mereka. Membersihkan najis mereka. Terasa sungguh bila pagi 28.4.14 mereka tidak mengiau/merengek meminta susu. Langsung senyap suasana di dapur. 

Setibanya Guccci malam itu bagaikan petanda yg mereka berempat akan pergi meninggalkan kami.  Suram seketika bila melihatkan mereka kaku tidak berdaya. 

Walaupun seketika, mereka telah menceriakan kami. Terima kasih ya Allah... 


Gambar terakhir mereka yg sempat aku rakamkan...

Gigitan serangga

Memang macam pelik kan bila baca tajuk tu? Bukannya apa, hari Khamis lepas, terasa kaki ni kena gigit something tapi tak tau serangga apa, dahla tu tak ambik pot sangat. Garu2 sikit pastu dah.

Tak tau pulak lama-lama kaki yg kena gigit tu makin lama makin membengkak makin merah.

Ni dia, merah jer...

Then, bila hari Jumaat perasaan dah makin tak selesa. Bila bangun tido, nak bejalan tu kaki rasa berat semacam jer. Bila melangkah rasa sakit sangat. Kebetulan pulak pagi tu ada hal sikit. Kena settle kan dulu la yg penting then rasa dh tak dapat tahan lagi, terus pecut pegi klinik petang tu jugak...

Bila jumpa doktor dia cakap kena gigtan serangga atau binatang.  Tapi taklah berbahaya serta takdelah bisa tu terok sangat. Siap cek demam ke tak, sebab kalau binatang berbisa dah tentu2nya kena demam. Sakit tu...

Doktor bagi krim utk sapu kat kesan gigitan tu dan pil utk makan selepas makan tengahari makan selepas makan malam.




Dua hari selepas tu dah nampak kesan, kaki pun semakin ok. Alhamdulillah...




Apapun, still tak dapat recall apa dia binatang yg dah 'menyerang' tu?

Sunday, April 27, 2014

Gucci in da house!

Alhamdulillah...

Dia dah balik! My boy, Gucci... Im so worried bout u.

Tadi selepas balik makan. Fikirkan kalaulah balik ni Gucci ada depan pintu.  Tapi hampa jugak. Dah memang sah takde.

Then, husband nak keluar dari kereta, dia cakap "Gucci dah balik!"

Aku dengan muka terkejut menyoal "Gucci? Mana?" Husband pegang Gucci, peluk dia. Ya Allah... Rindunya... Walaupun baru semalaman takde.  Tak sanggup kalau kehilangan dia. Dahla mak dia dah tak balik 2 minggu, janganlah dia pun turut sama takde. Memang kesedihan berganda lah. :(

Apapun, syukur sangat2, balik dah dia... Im so happy!!!


Kisah kucingku...

Salam semua...

Tak tau nak cakap apa. Padahal dah nak masuk 4 bulan 2014 ni berlalu. Sepatutnya banyak yg nak di cerita kan tapi entahla...

Hari happy - My lovely cat name Coco dah selamat  melahirkan 4 anak yg comel2 pada 10.4.14. 2 ekor belang hitam putih, 1 putih macam mama dia, 1 lagi belang oren... Aduhai... love them so much!♡♡♡



Hari unhappy -  15.4.14 malam, Coco tak balik... Mungkin esok ada dia balik, dengan harapan... Bangun pagi, 1st buat, bukak pintu rumah. Takde jugak dia depan pintu. Hati dah risau. Start enjin motosikal, carik kat belakang rumah, kat longkang, depan lorong atas pokok.  Semua tempat takde... ya Allah... Hari ni dah 27.4.14 dah 13 hari Coco tak balik.


Coco balikla...


Gucci where are you?


Semalam...
Gucci anak kepada Coco tak balik selepas dilepaskan masa makan. Selalunya kalau dipanggil cepat jer dia balik. Cute dan Kiki dah pun balik, dia jer yg takde. Risau betul la. Aku jalan kaki sampai depan lorong carik dia. Ya Allah...
Sampai hati betul kalau ada org yang curi dia, dialah kesayangan kiteorg ( me and my husband) after Coco.

Memang lah orang akan cakap kucing hilang adalah perkara biasa. Tapi aku tak biasa hilang sekaligus. Airmata pun akan gugur jua bila ini berlaku...
Pulanglah Coco dan Gucci...




Wednesday, April 16, 2014

It's all about business

Selepas bertahun-tahun menjalankan perniagaan online, sedikit demi sedikit perubahan dilakukan.

Alhamdulillah... kali ini kita buat ala-ala business card.

Takde la hebat mana, semua pakai fon jer. Inilah yg mampu. Syukur ya Allah...




Happy shopping!!!

Untuk sebarang pertanyaan / tempahan sila email kami di alamat : arisfuzzy@gmail.com

Pembayaran boleh dibuat di Account Maybank kami : 164258418659 - SARINAH IMAN

Thursday, March 20, 2014

Vacation 2013 + 2014

27.12.13 Jumaat:

Early morning, dah ready buat preparation for our trip to K.L. It is for a week. Ni nak pergi seminggu, persiapan yg dibuat starting November. Hehe... Itulah dia perempuan, excited nak berkemas, nak siapkan barang2, keperluan untuk bercuti. Kaum lelaki? Biasalah... dah siap pesan, tugas mengemas @ packing barang tu, dia dah serahkan kat kita. Adoi...

Pagi ni, hujan turun dengan lebatnya... Basah kuyup nak simpan luggage dalan kereta. Mak dan bapak pun dah awal2 sampai... Siape yg terlebih excited ni? Hehe... See...






Memandang hujan lebat di luar sana... On our way to airport...



Dah sampai kat KIA ( Kuching International Airport ) kiteorg sarapan dulu. Suami cakap takpe masuk lambat, kang jenuh nak tunggu que... Confirm penat kaki berdiri. Ooo... Macamtu ek? ok2.



Snap2 sebelum masuk flight. Ambik mood nak vacation nih. Hehe... Macamla nak p oversea kan? hahaa... Padahal pergi seberang laut tu jer...



Gelagat dalam train, from KLIA ke KL Sentral. Hehe... Suami siap google lagi. Perjalanan ni mengambil masa 25 minit. Tak sabar nya nak sampai hotel... Nak rest dulu...

Sesampainya di KL Sentral, nak naik LRT ke Masjid Jamek. Dulu pakai sistem kad. Sekarang dah pakai token. Wah... Dah upgrade. Baru 2 tahun tak pergi KL. Banyak yg dah berubah.
Takpe, slow2 explore apa lagi yg dah berubah. Mari teruskan perjalanan.


Setelah pusing2 carik hotel ni, dah settle check-in, masuk bilik, wow!!! Marvellous... Sangat menyejukkan mata memandang. I love green... This is more than good.



Bilik mandi dan tandas pun not bad. Staying for 6 nites. In shaa Allah...

Ingat kan, sesampainya kat bilik nak rehatkan badan. Berasa jugakla coz tidur lewat, bangun pulak sebab nak pastikan everything is fine.  Lepas tu, suara Mr. Husband mengejutkan anganku, terus tak jadi lena.

Apalagi? Shopping time is starting. So, ready to go to Sungei Wang. Wiiiii....

28.12.13 Sabtu:

Plan nak jumpa adik Mr. Husband so, from hotel, kiteorg terus ke Sungei Wang, nak pegi kedai semalam. Nak tukar barang jap...

Settle kat Sungei Wang, perjalanan ke Shah Alam dimulakan. At 1st place nak naik LRT tapi we've change the plan. Direct from Sungei Wang naik cab along the way. Macam dekat jer... Ok jugakla. Takde rasa pening2 coz ingatkan jauh sesangat... hehe...



My sister in law. Ini lah dia.... Adik selepas Mr. Husband. She's adorable. Cantik... Jealous jer tengok orang cantik tau :(
Tapi bila part tengok gambar aku, nape ek? Perut ke apa tu?

Sempat jugak snap dengan mak usu, adik my mother in law yang bongsu. Mak usu pun cantik... Aduhai...




Then, kacau sepupu Mr. Husband kat tempat dia kerja. Takde kerja kan? Hehe...




Dah lepak sekali ngan family, adik Mr. Husband ajak jalan2. Sekali dah naik kereta, pancit pulak....



Alhamdulillah.... guard kat Orchid Mall ni baik hati, tolong tukarkan tayar... Terima kasih yer abang guard.

31.12.13 Selasa:

Memulakan perjalanan dengan Lunch kat Burger King. Macam kurang pulak rasa dia. Dulu2 macam sedap jer... Apapun belasah jer sebab dah beli, tak baik membazir. Membazir kan amalan syaitan...



Jalan2 hari ini, awal gerak ke KLCC.  Takut kalau lambat memang confirm jalan akan jammed. Cuci2 mata kat KLCC, lepak makan kat atas - Food Court tu. Duduk pun kat tepi cermin. Memang syok tengok pemandangan taman dari atas. Tenang jer rasa...


Macam klasik jer gambar ni. Macam gemok jer aku kat cni...😁


Jalan2 lagi sebelom kiteorg keluar kat Taman KLCC. Sebab bila dah keluar kang malas nak masuk lagi. Kene pusing, jauh tu...

Kaki aku macam kaki lelaki, berurat2... hahaha


Apapun yg pasti malam celebrate New Year 2014 tu memang happening. Jom layan gambar... Aku tak terer sangat ambik gambar. Tapi bolehla daripada takde kan?


Cantek kan KLCC?

View malam tu, best sangat... Tak rugi datang jauh2 sebab ni...

Itulah serba sedikit pengalaman masa holiday seminggu... Alhamdulillah... Kena jalan2 jugak clear kan minda yg ada masa memberontak... Cehhh... 😊😊😊