FollowerS

Wednesday, May 29, 2013

Cerita

Salah satu cita-cita aku dulu ialah nak jadi penulis. Disebabkan aku berminat pada bidang penulisan, sampaikan masa sekolah menengah, aku siap ambik kelas Sastera lagi. Hahaha... Bukannya apa pun, aku bukanlah minah genius yang tau pasal subjek Sains ni, ada hati ke nak ambik matapelajaran Sains? Aduhai... Mimpi jerla.

Setiap kali masa subjek Sastera, aku didapati sangat rajin menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh cikgu. Sangat lucu ok... hehe...

Apapun kebanyakan cerita yang aku tulis tu, aku dah tak tau mana aku letak sebab dah banyak kali berpindah-randah. Sampai dah kahwin ni pun, asyik berpindah jer kerja nya. Huhu... Seronok sangat rasanya kan aktiviti pindah randah ni. Padahal, penat nya Allah jer yang tau. Tulang badan ni semua rasa nak patah terus, belum kemas-kemas lagi. Adui! Eh... melalut pulak aku ni. Ok, back to the topic yer adik kakak semua.

Dah bertahun-tahun aku lupakan hasrat tu, kali ni bercambah balik dah bunga-bunga cintaku pada bidang penulisan ni. Hubby pun dah bagi moral support dah. Tapi mampu ke aku buat? Umur dah lanjut ni, otak pun tak berapa nak boleh nak memproses ayat-ayat power macam dulu. Tapi takpe, cuba, berlatih banyak-banyak, trial & error. Insya-Allah...

Semua kekuatan ini jugak aku perolehi dari kak Rose Harissa @ Nora. roseharissa.blogspot.com. Tq yer kak...

roseharissa.blogspot.com ni mula ku kenal sejak aku membaca novel nya yang bertajuk " Blues Amni: Cik Propagandis ". Jalan cerita nya sungguh mengujakan. Sanggup pulak beli " Blues Amni: Oh Kerja! " dan kini tengah mencari " Blues Amni: Oh Jodoh! ". Godek punya godek dalam internet, jumpa lah roseharissa.blogspot.com ni. Yes... Baca lagi kisah " Guy Next Door ", " I love you ", " Lelaki Sebelah Rumah" dan banyak lagi yang masih dalam pembacaan. Sangat suka dengan hasil karya akak Rose ni. Semoga terus sukses ye kak. Amin, amin.


1st buku dia yang aku baca yang buat aku jatuh cinta...


2nd buku yang aku beli hasi nukilan kak Rose. Xsabar nak beli "Blues Amani: oh Jodoh!

Insya-Allah nanti boleh try karang cerita pendek. Diharap korang dapat komen yer. Bagitau apa yang kurang apa yang lebih, ok...  Tq! :)

No comments: