FollowerS

Wednesday, May 29, 2013

Wanita cantik

Assalam semua... Hari ni nak cerita pasal favourite actress. Dengan ini dimaklum kan bahawasanya saya sangat suka dan meminati pelakon Fazura. Ceh... macam nak umum tarikh raya puasa plak. Hahaha....

Apatah lagi semenjak dua menjak ni bila tengok dia berlakon dalam cerita "Kisah Cinta" slot Lestary di Tv3. Aduhai... Dengan muka nya yang cantik itu, senyuman menawan, pertuturan lemah lembut, gaya yang mempersona, siapalah yang tak terpikat? Sungguh, dia tersangatlah adorable yer kawan-kawan. Confirm nanti kalau jumpa face to face lagi lah terserlah kejelitaan dia berbanding bila tengok kat tv.

Biasalah, lumrah wanita ingin kelihatan cantik. Tidak kiralah dari segi pakaian, dandanan, aksesori, pendek kata head to toe mahukan kesempurnaan walaupun tiada apa dan siapa yang sempurna di dunia ini. :)

Masa tengok scene dia berlakon kat dalan cerita "Kisah Cinta" tu, aku dan hubby siap puji-puji Fazura ni. Bilamana hubby cakap " Keayuan dia terserlah kan? " Aku angguk menyetujuinya. Aku tambah lagi " Suka tengok dia membawa diri di dalam industri seni tanah air ni. Dia tak mudah melatah dengan gossip.  Sangat cool! "

 Iyelah, namapun dah minatkan. Hehe... Tapi ini bukanlah pujian semata, pujian ini ikhlas dari hati sanubari kiteorg yang minat kat Fazura... :D

Bila difikirkan, sebenarnya orang yang cantik ni berdaya buat kita bersemangat, macam bila sang suami tengah berduka lara ataupun baru balik dari tempat kerja, dengan perasaan kecamuk bila berdepan masalah serta lelah bila seharian menghadapi pekerjaan lantas terpandangkan sayup-sayup wajah isteri yang mendamaikan. Serta-merta hilang segala perasaan yang tidak enak itu.

Tidaklah yang disebut cantik itu semestinya berwajah tirus atau bujur sirih, berhidung mancung, berkulit licin, berpinggang ramping yang semestinya kurus. Namun, cantik itu mestilah lahir dari hati. Dalaman seseorang itu yang memainkan peranan penting untuk menampakkan makna cantik yang sebenar. Seperti mana Fazura, perwatakkannya yang mempersona itu menyerlahkan kecantikkanya.

Lagipula, Allah s.w.t telah menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian, so, no worries. Semua manusia di muka bumi adalah cantik-cantik belaka. ;)

Ok, now boleh cuci mata tengok gambar cantik Fazura.


Sumber: Google

Cerita

Salah satu cita-cita aku dulu ialah nak jadi penulis. Disebabkan aku berminat pada bidang penulisan, sampaikan masa sekolah menengah, aku siap ambik kelas Sastera lagi. Hahaha... Bukannya apa pun, aku bukanlah minah genius yang tau pasal subjek Sains ni, ada hati ke nak ambik matapelajaran Sains? Aduhai... Mimpi jerla.

Setiap kali masa subjek Sastera, aku didapati sangat rajin menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh cikgu. Sangat lucu ok... hehe...

Apapun kebanyakan cerita yang aku tulis tu, aku dah tak tau mana aku letak sebab dah banyak kali berpindah-randah. Sampai dah kahwin ni pun, asyik berpindah jer kerja nya. Huhu... Seronok sangat rasanya kan aktiviti pindah randah ni. Padahal, penat nya Allah jer yang tau. Tulang badan ni semua rasa nak patah terus, belum kemas-kemas lagi. Adui! Eh... melalut pulak aku ni. Ok, back to the topic yer adik kakak semua.

Dah bertahun-tahun aku lupakan hasrat tu, kali ni bercambah balik dah bunga-bunga cintaku pada bidang penulisan ni. Hubby pun dah bagi moral support dah. Tapi mampu ke aku buat? Umur dah lanjut ni, otak pun tak berapa nak boleh nak memproses ayat-ayat power macam dulu. Tapi takpe, cuba, berlatih banyak-banyak, trial & error. Insya-Allah...

Semua kekuatan ini jugak aku perolehi dari kak Rose Harissa @ Nora. roseharissa.blogspot.com. Tq yer kak...

roseharissa.blogspot.com ni mula ku kenal sejak aku membaca novel nya yang bertajuk " Blues Amni: Cik Propagandis ". Jalan cerita nya sungguh mengujakan. Sanggup pulak beli " Blues Amni: Oh Kerja! " dan kini tengah mencari " Blues Amni: Oh Jodoh! ". Godek punya godek dalam internet, jumpa lah roseharissa.blogspot.com ni. Yes... Baca lagi kisah " Guy Next Door ", " I love you ", " Lelaki Sebelah Rumah" dan banyak lagi yang masih dalam pembacaan. Sangat suka dengan hasil karya akak Rose ni. Semoga terus sukses ye kak. Amin, amin.


1st buku dia yang aku baca yang buat aku jatuh cinta...


2nd buku yang aku beli hasi nukilan kak Rose. Xsabar nak beli "Blues Amani: oh Jodoh!

Insya-Allah nanti boleh try karang cerita pendek. Diharap korang dapat komen yer. Bagitau apa yang kurang apa yang lebih, ok...  Tq! :)

Monday, May 20, 2013

Best picture...

Orang kata dalam hidup ini kena ada cita-cita baru lah gempak! At least, hidup kita ada tujuan. Tidaklah membabi-buta, tidak ada hala-tuju. Sebagai contoh, bila kita mula-mula bekerja, semestinya kita dah ada aim, dapat gaji nanti, perolehan tu untuk apa? Bagi kat kedua orang tua? Simpanan untuk masa hadapan? @ Shopping?

Macam tu jugakla dengan aku, banyak cita-cita tapi tak dapat nak fulfill sebab banyak dugaan serta halangan yang mendatang, yang tak  dapat nak dielakkan. Pernah bercita-cita nak jadi model, penyanyi. Melampau nya! Hahahaha... Tak padan dengan diri sendiri kan?

Tapi takpe, itu kisah dolu-dolu punya, dulu tak dapat jadi model,  sekarang dah boleh. Pulak dah? Hahahaha... Jadi model kat telefon bimbit. Sendiri ambik lepas tu, boleh edit lagi. Iye lah, teknologi pun dah canggih kan? Takpelah, tak masuk mana-mana majalah ataupun iklan tapi boleh masuk social media such as facebook, instagram & blog. Hamboi! Kihkih...

Antara rakaman gambar yang dirasakan best picture for me lah. Best lah sangat... hahaha... Jangan hairan ye, kata best picture tapi part muka jer yang banyak. Aku ni tak confident nak ambik gambar macam  - ootd - outfit of the day, just ambik paras badan sahaja. Macamane nak jadi model? Gulp! Entahla, semakin  meningkat usia, paras hormon pun bertukar, & I'm put on weight! Arggghhh... Help, help, help.... Alasan jerk tu :D

Apapun, janji happy kan. Bukannya menggangu orang lain. Peace no war ;)


Ok, enjoy ya... xoxo!










Saturday, May 18, 2013

Berfikir sejenak...

Selama ini update entry pakai bahasa Melayu Sarawak. Terfikir pulak, kalau sendiri yang baca tak apa lah jugak ini tak, seantero dunia boleh click and search then, bila tengok entry, terkulat-terkulat tak faham satu apa pun. Hehe...

Starting from now on, saya akan meng-update entry saya menggunakan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu. Ha... comel jer kan? :)






P/s: peace no war.

Thursday, May 16, 2013

Alone...

Pagi tok ngigo nak pegi breakfast jauh-jauh kata nya... haha..  Jauhla sangat. Bukannya apa, sekali-sekala maok juak kita tok lari dari rutin harian, nak? Trying something new, something that we often do it. Sik salah kan?

Tajuk alone ya sebenarnya just for an intro, madah yang nya pegi breakfast sorang-sorang... Ola kaseh... My husband a bit busy with his job. So, terpaksala makan mi kari, berdikari.... hahaha....


Sumber dari: favim.com

So, dah plan awal-awal, nak breakfast di tempat lain beside tempat yang kamek duak husband selalu pergi having breakfast. Start motorcycle terus pecut menuju destinasi, padahal xtauk pun nak pegi siney. Erm.... Dah sampey pasar baruk dapat decide. McD! Ok set...

Sekali sampey di McD, ya Allah. .. Rami na juak?

Masa mula-mula sampe, orang que sampe ke luar pintu. Tapi kenak mcm rami ke orang laki yang que tok o? Curious eh....


Yah... padahal datang pukul 8.45am. Que punyalah panjang. Pukul 9.38am baruk dapat apa yang di order.
Ada Hello Kitty

Hehehe.... This is my meal. Yes! Ada Hello Kitty kiut. Sila jeles yer...

Sambil makan, surfing sekejap & this is the view yang sempat di captured.  Hehehe... enjoy!


Sitokla aku dudok

This is the breakfast hours
 Semenjak duak menjak tok, dah rajin update entry eh, coz of dapat just update thru my Samsung Note 2. Yeay!!! ;)


Wednesday, May 15, 2013

Kisah Cinta

Lamak dah sik nangga tv3, coz gago nonton cerita & progam di Astro. Hehe... Tedah lok. Apapun, baru-baru tok kamek duak husband duduk-duduk nangga tv, then, ada cerita baru tok yang benar-benar nyuroh kamek duak seat and rilex.

Cerita ya adalah "Kisah Cinta". Lakonan Shaheizy Sam & Fazura. Nang best nya pun intro. Apa lagik kamek duak, duak-duak minat Fazura. Layan la... Hehehe...





Aduhai...

Sunday, May 5, 2013

Jom Kita Mengundi

Haritok 5 Mei 2013. Tarikh keramat buat rakyat Malaysia sebab nya, hari tok hari mengundi. Mengundi tok adalah untuk menentukan siapa yang bakal memegang tampok pimpinan kerajaan Malaysia untuk 5 tahun akan datang.

Kamek udah mengundi tek. Hehehe... Buktinya



As simple as that duhal ngundi. Hehe... Sikdalah susah ney pun.

Diharap apa yang diwar-warkan akan didengar oleh rakyat. Pilihlah pemimpin yang anda suka... ceh... Iklan ka? Hehehe...

Malam tok nangga keputusan gik dalam tv. Ini kali lah....


Kiki...

Assalam guys...

Nak cerita sikit pengalaman 1st time dapat pusak from Dewi. Nak pegang punyalah takut. Sampey Dewi & her husband ajar macamney nak pegang, belai-belai & usap pusak. Lamak-lamak, jadi ok & biasa. Hehe... Such a great experiences.

A few months later, another friend of mine jual pusak American Shorthair. Terus maok beli. Kiut gilak bah.



Kiut kan... Tok Kiki nama nya. So, now dah ada 2 anak dah. yeay!!!

Aksi nya 2....



Training jaga pusak lok before dapat baby dikpun... chaiyok2!!!

Friday, May 3, 2013

Thank u..

Assalam suma.. Dah lamak sik update blog. Rindu eh. Erm... Haritok sik berapa nak sihat, lepas masak bubur nasi & makan tek, trying to have a good rest @ sleep. Ternyata sik dapat nak melelapkan mata. So, the alternative is, review my blog yang dah bersarang tok.. hehehe...

Suddenly terfikir, dah lamak juak sik diagak flu tok. Bila dah kenak, nanak. Hahaha.. Nasib juak still dapat nak masak mun sik tek, terpaksa nunggu hubby beli tapau. Yah.. kan susah gik mun dah giya.

Ahamdulillah.... Allah maseh sayangkan aku, berik aku peringatan, agar lebih banyak mengingati-Nya, lebih mendekatkan diri pada-Nya. Syukur ya Allah atas kurnia-Mu selama ini. Aku hamba-Mu yang selalu lupa, lalai ya Allah, berikan aku petunjuk-Mu ya Allah...

Dalam pada ya juak, aku berfikir, tok rasa orang pregnant kali. Sik nyaman nyawa & badan sakit-sakit. Padahal sik adalah molah kerja berat. Nasib jak sik mual, mun mual lalu lah aku kurus. hahaha... Cita-cita ya!

Recently,  banyak juak yang aku dah belajar through my experiences with my colleagues around me. Syukur sangat-sangat Allah telah titipkan orang-orang yang baik-baik di sekelilingku. Mereka tok yang banyak membantu, memberi sokongan moral ngan aku. Membuatkan aku begitu sayangkan mereka. Mengingatkan aku betapa indahnya hidup ini.

First of all,  I wanna say thank u to my lovely friend, Dewi coz terlalu banyak support me. She teaches me how to rebuild the life,  selepas banyak perkara sukar yang aku lalui. Nya nang bait, sampe berik pusak indah lok. Hehe... Padahal kamek 2 baruk jak bekenalan, baruk jak bekawan. She is adorable.


Isn't she? Hehehehe...




This is Coco, pusak yang diberik Dewi.  Kiut kan? Apapun, hanya doa yang mampu kuhadiahkan buat Dewi atas kebaikan budi nya padaku...

No. 2, rasa terima kasih tok kuucapkan buat teman teristimewa ~ Rosidah Abdullah @ Mami. Kitakla kawan kamek paling sporting.  Love ya! Terlalu banyak cerita kita 2, cukup kamek madah di sitok mi, " Count on Me" but please don't "Talking to the Moon"... You know lah mi. Hehe...



Mami with her bambam, Syahmina... Love you both dear. Muuuaahhhssss...

Then, my sweetie friend, Eta. Eta tok lah yang selalu support aku dalam susah senangku. Selalu nya berik kata- kata semangat bila aku down, she remind me a lot. Hanya Allah yang dapat membalasnya dear...  Thank u so much darling.



Time tok nya pregnant, kinektok dah beranak dah. Baby girl ~ Wan Atilah Ameera ~ Sweet kan?

Aher skali,  untuk sayangku @ my husband.  Terima kaseh yang sik terhingga sebab menyayangi kamek seadanya, also be a good husband to me, always support me all this while dalam susah & senang kita walaupun kadang ribut taufan melanda. Hahaha.. I love u with all my heart sayang...  




Aku mendoakan agar kita semua berada di bawah lindungan-Nya serta mendapat redha-Nya... Amin.

Mata pun maok nak pejam dah, good nite! Assalam...


P/S: Lamak gilak sik update blog,  lalu berjela-jela jak ucapan. Hahahaha...