Tarikh 9/08/10 adalah tarikh yg sukar ku ungkapkan perasaan ku...
Sepatutnya aku dijangka ke hospital esok hari, namun terlebih awal sehari pulak aku telah mengalami keguguran..
Sedih nya Tuhan sahaje yg tau..
Kehadiran yg ditunggu2 oleh ku & suami namun apakan daya, mungkin belum masanya lagi kami dianugerahkan cahaya mata...
Sebelumnya, aku telah disahkan oleh doc bahawa bayiku tidak mempunyai 'heart beat', aku dikehendaki membuangnya > cuci < ....
Tapi aku telah memohon untuk dilanjutkan tempoh sebelum aku mencuci kandunganku.
Aku cuma mengucapkan "lain kali cuba lagi" padahal airmataku begitu laju berlinangan...
Dikala ini pun, aku masih lagi menangisi kejadian yg meruntun hatiku, namun Tuhan Maha Kaya....
Dia Lebih mengetahui tentang sesuatu itu berbanding kita insan yang lemah lagi hina...
Mungkin rezeki lain akan menyusul tiba pada masa yg sesuai.... Amin...
No comments:
Post a Comment