FollowerS

Friday, March 8, 2013

8.3.13

Tarikh hari ni adalah tarikh bersanding 4 tahun lepas... erm... Haiyaaaa... Dah 5 tahun kawen ek? Lama tu... sama macam lama nya blog ni tak berupdate. hehe... Entahla, apa yg disibukkan sangat aku nih... :)


main-main mata... hihi...

Inilah dia... hehe... 14.11.13 bersamaan dengan 5 tahun kawen. Diharap semakin tabah mengahadapi dugaan di masa akan datang. Amin... 

Wednesday, November 28, 2012

3 series

Terkenang pulak aku kisah hari ulangtahun yang lalu. Walaupun dah berlalu kesannya sampai ke hari ini. Kisahnya bukanlah kisah sedih tetapi meruntun jiwaku sebagai seorang isteri.

Mr. Asben suka sangat buat koleksi jam tangan, sehinggakan bila dia minat satu-satu jam, dia akan google sampai puas hati. Bila dia tengok orang pakai jam yang memang diimpi-impikan, dia akan tanya kat orang tu (kalau orang tu dia kenal lah, hehehehe...). Betapa obses nya dia kan? Semua org ada minat masing-masing, macam aku minat bag. Tapi tak dapat la asyik nak membeli. kalau jumpa kat shopping mall, confirm akan belek-belek. Macam-macamnye...

Satu hari tu, mood ku tak baik, Mr. Asben pulak sibuk nak ajak pergi meronda. Erm... Dalam hati, malas betul nak siap-siap, nak pakai lawa-lawa, nak mekap lagi. Apapun, orang dah ajak tu, kena juga penuhi permintaan dia. Karang dia merajuk pulak, camane? hihi...

Habis dah shopping dijelajahi, dari satu tempat ke satu tempat, dari tingkat bawah, ke tingkat atas. Pening ah...

Last-last, aku dah tak larat, Mr. Asben, ajak duduk tepi jalan. Makan burger, minum air tin, rasa macam  time dulu-dulu, time muda-muda. hahahahaha.... Muda lah sangat. Then, Mr. Asben hulur kat aku 1 kotak. Time tu, aku siap marah lagi kat dia.

ni ha, comel kan...




Selepas aku membebel, dia senyum, dia cakap, "ni untuk awak la". Ha? Akupun hairan la, sebab Birthday aku belum lagi, takkan lah dah nak bagi hadiah. Erm... Suprise ek?

Mr. Asben kata lagi, "Buka lah hadiah tu".
"Tak nakla, tunggu hari sebenar, barulah best!"

Bila tiba hari yang dinanti, tadaaaa......



Thank you sayang!














Inilah dia hadiahnya. Jam yang aku pernah cakap kat dia, yang aku ingin nak pakai. Alhamdulillah, dapat jugak aku pakai. Syukur ya Allah...

This is from my sister.... Thanks!

Alhamdulillah, dapat lagi Secret Recipe punya cake from my sister. TQ darling! 


Syukur, dapat lagi h/p yg cute, pink lagi.... hehehe... from my bos...


Puding Caramel from my SIL... TQ sis... :)


Dah masuk 30 tahun dah usiaku. Syukur sangat-sangat sebab masih bernafas, masih diberi peluang oleh Allah swt untuk terus berusaha berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah ya Allah.....

Semoga dengan rahmat - Mu ini, aku akan terus Engkau bimbing... Amin...

Monday, November 19, 2012

1st blog for 2012!

Salam semua...

Setelah sekian lama menyepi, so, this is my 1st blog for this year. Hahahaha.. Padahal dah nak masuk 2013 dah. Adoi! Tapi tak apa, lebih baik ada daripada kosong kan?
Memang banyak nak ditaip, memang banyak yang nak dikongsi apapun, step by step lah ye.

Mula sekali, nak kongsi cerita pasal Mohd. Faris Rizky, sepupu suami yang comel. Gerammmmm.... GRRRR...


Sesuai aku jadi mak... hehe... perasan!


Faris time Raya


Aduh... Muncung tu, hai... Memang rasa nak cubit je. Faris, Faris.... Aku menumpang kasih dengan Faris buat masa ni. Insya-Allah kalau diizinkan, cepat atau lambat, rezeki ku dan suami pasti akan menjelang tiba jua nanti... Amin..

Haaaa.... Ada good news jugak untuk semua, my youngest sister dah selamat melahirkan baby boy secara normal. Alhamdulillah... Bertambah lagi cucu mak dan bapak dah 22 orang dah semuanya. Hehehee.... Bertambah rakyat. Aku tumpang gembira dengan kelahiran baru ni. Semoga Allah swt merahmati kami semua. Amin.... Dalam pada itu sempat jugak aku bergurau, "Dik, bagi kat akak jer baby tu ek?" hehehehe... :)

Cerita seterusnya, kena terus ikuti my blog yer... TQ! Salam... xoxo :D

Sunday, December 18, 2011

Our Staff Party - Xmas Exchange Gift


* Our Xmas Three*



Nang enjoy lah petang ya, gathering dengan semua staff. Macam toklah Xmas three mekorang. Walaupun cute tapi tetap kacak. hehe...

Mula-mula G.M merik speech lok.




Panjang lebar ucapannya, then, acara makan-makan.




Antara makanannya, Nasik lemak, Tart Telur, Char Char Kway Teow dan Buah-buahan sebagai pencuci mulut....



* my colleague *



* Xmas cake *


yummy! nyaman eyh....  





* Bday Girl & Bday Boy *


Time tok, kmk org belagu hepi bday utk cdaknya...



* toklah hadiah yg akan ditukar sesama mekorang *




* tok hadiah aku *


Comel nak? hehehe...



* toklah isik nya *

Suka eyh... dapat barangan ompuan... :)



* the photographer *



*tadaaaa.... it's me!


Thanx to all yg udah prepair utk party tok, sebaik mungkin... AGK is the BEST!!!







Monday, December 12, 2011

Dream come true

Nak dipolah crita, dolok, aku teringin nak ada opis dikpun, maksud nya, ada meja dikpun, pc dikpun.
Besz... Asa bos asa walaupun ya cuma angan-angan jak. Tapi sik salah berangan nak?

Kinektok, syukur Alhamdulillah... hajat dan mimpi ya dah tercapai.



tada.....


Toklah meja dan tempat aku. So sweet kan? Perasan da jak aku lok! hahaha... Tedah! 

Anyway, nang enjoylah kerja di cya. GM besz, bos bait, kawan-kawan pun ok.

Tok, adalah minggu ke-3 aku kerja di ctok, xberasa eyh. Dan yang paling besz nya, sik lamak gik, Terimak!
Yeay!!!

Biasanya, mun ada perayaan, (macam kinektok, sik lamak gik nak celebrate Xmas) gaji akan dikeluarkan
lebih awal. Sik sabar nak cerik gaji pertama. Huhu... Sampey juak aku oh.. Bagey orang sik kalak kerja dan trimak gaji. ADOI! bak kata Johan Raja Lawak.



* Ariva Gateway Kuching T-Shirt

Baju T-Shirt tok adalah untuk hari Jumaat. Rilex! Ariva Peace yo! 

So, untuk 3 minggu tok, suma berjalan dengan lancar, cuma maok biasakan dirik dengan tempat baru. 
Suasana baru, segalanya baru. 

Thanx God for this opportunity! Syukur, Alhamdulillah...

Sunday, December 4, 2011

New World

This is my workplace name.



It's fun being here. As a new member of the team, they give me full support. TQ guys!

I'm handling reservation part. Quite tough task but it is so wonderful. I love my new J.O.B!!!





*1st day working, wear baju kurung*





*2nd day I'm wearing casual wear*



Ops, forgotten to say, saturday, sunday is my off day. So, coming back on Monday! Assalam... 







:: Interview Again ::

I'm having interview again. Really not expected this gonna happen to me again b'coz of the position - Reservation  Officer. ;) For me, the task is too big. But if I get the opportunity, I will do the best.

Before 10.30am, I reached the place. Fuhhh... Nervous...

10.30am, start the interview. Normally, the basic question came out first.

Then, second interview with G.M. Again, more nervous. Dup, Dap, Dup, Dap...

12.30noon, the interview finish. Feel so hungry. I call my husband, wait for him to pick me up. I need to get something for my lunch. The interview was took such a long time, even though only me one person that was called for the interview.

*hungry face*


Then, just have to wait for the second call. If I'm been selected by the organization, they will call me up.

3.00pm, I got the call. Yesss!!! Alhamdulillah... Syukur ya Allah atas kurnia - Mu. Akhirnya, penantianku tamat kini.

Aku diminta untuk mendaftar masuk bekerja pada 1/12/11, iaitu pada hari Khamis.

Thanx to all for the support all this while!!! I will do the best for this time...



happy :)

Wednesday, November 23, 2011

::Jalan-jalan::

Bila bosan, mulalah membawa diri, pusing-pusing bandar.

Kalau guna pengangkutan awam pun best!

Jalan-jalan, mesti penat,

then, lapar. So, singgah dulu, isi perut.

Yeay!!! Makan tengahari di luar.

Tak payah masak.

Sungguh rilex!

 

Nasi Arab Ayam Keju. Yummmy! Sedap...




Plus, Air Teh Tarik. Siap snap dulu pic sebelum makan.



Jalan-jalan, pakai bas. Memang syok.

Mesti driver bas tu hairan tengok aku ambik snap pic 

dalam bas. hehehehe...

Ceh, macam pelancong kataku. ;)

20.11.2011

This is the date that sister of my friend wedding.

Can you see the date?

20th November 2011 @ 20.11.2011. Beautiful! hehehe...

I can't take a good pic for the wedding because my camera is out of battery. 
I just use my mobile camera. Then, need to edit again.

Really sorry only a few pic that I can share with u guys.



hehe.. just take this pic from my sit. So, quite blur.





Oh my, the groom is looking the other side...




this is da wedding gift. So, cute!




:)

Wish both of them, may ur marriage be blessed with love companionship always.
Congratulation on the wedding.

Saturday, November 19, 2011

I'm WeaK

Bila adanya dugaan mendatang, hati yang kuat menjadi rapuh jua.

Sekeras-keras hati ini, mudah benar titis airmata menjadi peneman.

Hanya Allah yang tau hatiku.

Bila adanya kesedihan, dikau bagaikan menjauh.

Seharusnya kau terus di sisi, menemaniku, memelukku.

Hanya itu yang aku ingini.

Tologlah mengerti.

Bukan wang berjuta atau kemewahan semata.

Dikaulah segalanya.

Perhatianmu yang kudamba.

Tolonglah fahami.

Aku sedih, aku merintih, aku tersisih.

Kaulah kekuatanku.






Thursday, November 17, 2011

dEk0 LaGi

Kali nie, nak cite berkenaan dengan hiasan rumah lagi. I'm so obsess about it! hehehe...
Kalau boleh jadi macam Eric Leong tu memang cool gile lah. :)
Suke nyer...

So, here is some of the tips for the reader, ok. 
Good luck & happy trying, ya!





Sungguh tenang & damai suasana ruang ini, ditambah lagi 
warna ruang yang di cat dengan warna putih. 
Warna yang cerah seperti putih, cream, kuning boleh menampakkan sesebuah
ruang itu lebih besar sebenarnya.



Seharusnya kita mestilah pandai bermain dengan 
size perabot apabila ruang yang kita miliki agak terhad seperti ini. 
Lagipun, bila barang tak banyak, tidaklah menimbulkan
keadaan yang serabut kan?



Chandelier ini menampakkan mewahnya hiasan di sudut ruang makan ini.
Sekarang terdapat pelbagai jenis chandelier di pasaran
 yang boleh kita pilih bergantung dengan budget, minat, warna, size dan pelbagai lagi.



Lampu sisi seperti ini juga boleh menaikkan seri sesuatu ruang itu. 
Kenalah sesuai dengan tempatnya bila ingin meletakkan lampu sisi 
seperti atau yang berterendak seperti lampu tidur.




Kitchen Cabinet sangat sesuai untuk rumah jenis apartment seperti ini. 
Sebabnya adalah ianya tidak memakan ruang yang banyak.Tambahan pula
ruang makannya direka bersebelahan dengan jendela. 
Sangat mengujakan apabila kita menjamu selera sambil
melihat permandangan di luar.


So, that's all for now.
Next session will update soon. Watch out guys!!!

Tuesday, November 15, 2011

My 3rd Wedding Anniversary

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, telah berlangsungnya perkahwinan ini selama 3 tahun. Walaupun masih baru, namun di saat inilah, aku dan suami sepatutnya sudah mula belajar mengawal emosi, belajar lebih mendalam cara-cara mengukuhkan ikatan perkahwinan. Bergaduh adalah biasa dalam sesuatu hubungan suami isteri. Tidak ada istilah bahagia setiap hari. Pasti kan ada jua saatnya gelombang melanda. Maka saat itu, belajarlah memahami hati budi masing-masing. Jika ada salah faham, segeralah leraikannya, janganlah ditunggu sehingga penuh didada dengan dendam lantas menunggu masa untuk meletup. Sekiranya ada silap yang dapat diperbaiki, tegurlah secara berhemah dan bukannya menegur secara melulu.

Sebelum ini, aku selalu naik angin, bila tiba saat "sakit perempuan" melanda. Mr. Asben asyik cakap, kalau part dia sensitip, kite jer yang kene paham. Aku mula mengkaji diriku sendiri. Bagiku, Mr. Asben perlulah memahami angin pasang surutku, namun , aku tidak pula cuba untuk memahami resah gelisahnya. Mulai saat itu, aku terus jadi positif, berfikir secara dewasa. Belajar mengawal amarah agar dapat menjadikan rmahtangga lebih harmoni.

14/11/2011 adalah tarikhnya kami telah sah menjadi pasangan suami isteri. Terima kasih sayang atas segalanya. Yang pastinya perhatianmu terhadapku selama ini, Keikhlasanmu menyayangiku yang tidak terhingga itu.. I LOVE U SO MUCH, sayang!!!

So, this is some of the pic that already been snap for the special day... EnjoY!!!



Choc Cake With Blueberry Filling... Yummy!!!



The Beverages




Dah setengah baru ingat nak snap. Garlic Bread...



Makan time panas2, syoknyer...




Memang lemak lah, semua 7 cheese kat dalam, atas pizza tu.




Tambah lagi dengan ayam nie, adoi... :)




~ US ~

Saturday, November 12, 2011

Tenang

Satu lagi dekorasi yang aku suka iaitu di bilik tidur. Macam nie,


sangat tenang kala beradu. Dengan warna bilik yang cerah. Segar. Sedap mata memandang....

Kan best kalau ada bilik yang macamnie.  Takpe, nanti bila ada rumah sendiri decorate lah puas-puas, kan?


You mean Everything

Bila bergaduh, memang sealunya akan jadi tak ingat dunia. Macam-macam cara dibuat untuk panjangkan pergaduhan. Bukannya nak buat kisah tu jadi semakin lerai. Itulah bila difikirkan perangai @ tabiat orang perempuan ni memang sukar nak dipahami, macam AKU lah... :)




Senjata terhebat Kaum Hawa adalah airmata. Tak kira lah kalah ataupun menang kala berdebat (kononnya lah).

Bagi aku, sebagai perempuan peranan hati & perasaan sangat penting dalam kehidupan kiteorang sehari-hari as a human. Sebabnya, itulah SAHABAT sejati kiteorang. 
Lelaki pulak, adalah mudah bagi mereka mendiamkan diri. Tak nak panjangkan cerita katanya. Herm.... Payahlah bila jumpa @ dapat suami yang jenis camgini. Takde thrill. Lagipun, perempuan kan sukakan cabaran iyelah, bila bertekak, kena ada sesi soal jawab, kan? Kalau dah si suami diam jer, bukanlah sesi soal jawab tu (dalam bahasa halus nya lah - kalau bahasa kasar - bertekak. hahaha... ) Walaupun at the end nya tetap akan menangis. Hehehehe....

Akhir kata, ambiklah tau hati wanita @ isteri ye cik abang sekalian. Diam bukan beerti setuju. Dalam hati hanya Allah yang tau. Curi sedikit masa untuk bersembang hal-hal peribadi, hal-hal rumahtangga. Janganlah asyik dengan kerja jer. Sampai rumah, bautlah macam dekat rumah. Bermanja2... Tenangkan fikiran setelah seharian penat bekerja.

Sayang, u mean everything to me, tak kira lah apa yang jadi... Biasalah, bergaduh tu kan. Benda tu akan mematangkan kita, mematangkan perhubungan kita.


Peace, no war yer.... :)