FollowerS

Tuesday, October 11, 2011

Bangkit Kembali

Setelah lama aku menyepikan diri, kini segalanya akan ku usahakan sebaiknya. Ini adalah jalan yang aku rasakan sebenarnya yang aku inginkan.

Ari Isfuzzy Collection bangkal bangkit dengan gah nya suatu saat nanti. Insya-Allah...



Terima kasih yang tak terhingga buat dia yang banyak memberi dorongan - Yuzami Carl.

Semoga usaha ku ini mendapat keredhaan dari Allah swt... Amin..

My Bday present


TQ sayang for your present... Hehehe...
Love it so much!
Tak ada kata yang boleh ku ucapkan selepas mendapat hadiah ini. Senyuman yang lebar sudah cukup untuk aku ungkapkan bahawa aku begitu gembira. Bukan hanya kerana hadiah ini tetapi kerana ketulusan suamiku menyintaiku, cuba membahagiakanku dengan sesungguhnya. Rasanya aku cukup bersyukur atas jodoh ini. Walaupun hidup tidaklah semewah mana, namun, kebahagiaan itu membuatkan aku merasa terlebih mewah.
Alhamdulillah...

Bila difikir-fikir, hidup berumahtangga begitu banyak pancarobanya. Terlalu jauh berbeza di saat kita masih bergelar pasangan kekasih. Ketika itu, segalanya begitu indah di pandangan, semuanya manis belaka. Tidak seperti waktu sudah terikat sebagai suami isteri.

Seperti aku, ada kalanya gembira, ada kalanya berduka. Berselisih faham amatlah sering terjadi. Begitu banyak perkara yang kita sendiri ingin pasangan mengikut rentak kita, padahal sudah semestinya pasangan kita berlainan keinginan, berlainan minat, berlainan pendapat. Itulah manusia. Tidak ada yang sempurna. Terkadang aku ingin lari dari kenyataan. Menginginkan hanya yang indah-indah sahaja berlaku dalam hidup. Namun, langit tidak selalunya cerah, apa yang kita kehendaki tidak selalunya kita capai.

Lantas dari itu, aku selalu berpesan pada diriku sendiri agar berpijak di bumi nyata. Bersyukurlah pada apa yang ada. Jangan terlalu mengejar pada dunia, akhirat itu lebih penting.

Apapun, aku bahagia dengan kehidupan ku sekarang... Thank you Allah atas nikmat - Mu yang tidak terhingga ini.



yes, be myself...





Yes, I have to smile even there is a problem & be positive in life

Monday, October 10, 2011

Keputusan....

First of all, sorry to N... I have to make this drastic decision. Because I don't think that I can do it. Sometimes in life we have to be honest to ourself. Walaupun sedikit payah, I have to.
Once we lied to ourself, it's hard for us to get trough life...


Sunday, October 9, 2011

9.10.11


 *kek from husband*



Happy Birthday to me...
Alhamdulillah, still breathin' until now...
This is all Allah gift. Thank u Allah...
Semoga apa yang dihajati termakbul. Amin...

Perubahan

Aku mengenakan baju kemeja long sleeve berwarna pink lembut. Ini adalah untuk menguatkan motivasi agar aku ok sepanjang hari pertama ini. 
Setiap hari Isnin, the company akan mengadakan short assembly di tingkat 1.
Untuk orang baru, diwajibkan untuk memperkenalkan diri serta membaca ikrar. Ops, macam masa sekolah pulak. hehehe...

Aku memperkenalkan diri kepada seluruh warga kerja di bahagian SOM.

Kemudian, aku diperkenalkan dengan Ana, orang yang bakal mengajar aku sepanjang aku dalam latihan.

Setelah selesai semua, aku belajar cara-cara untuk key-in order.

Mulanya ku ingatkan segalanya dapat kuharungi, namun, pada hari keempat, aku mula rasakan aku sudah tersalah langkah. Bagaikan aku tidak sesuai di sini. Hatiku meronta-ronta. Entahlah...

Kulihat dikalangan rakan-rakanku begitu stress. Bekerja dengan bersungguh-sungguh. Semuanya perlu disiapkan secepatnya. Lain pula yang dimarahi bos terus berlinangan air mata.
Kurasakan begitu sukar untuk menempuh hari-hari mendatang. Bagaimanalah nasib ku nanti. Aku ni boleh dikategorikan cengeng jugak. Aduh...
Kesedihan mula meliputi diri ini.

Aku akan cuba sebaik mungkin, semoga tuah menyebelahiku. Amin...
Kalau tak, selamat tinggal le jawab nya.

Sunday, October 2, 2011

Kerja


Alhamdulillah... Yesss!!! Dah dapat kerja dah. Tak sangka jugak coz semua nya berlaku
pada hari yang sama.
Hari tu, aku bangun dengan rasa malas nya sebab dapat PMS. Seluruh badan sakit-sakit. Dengan penuh keterujaan aku terima satu panggilan. Orang yang call tu cakap, kena datang intebiu petang tu. Aku pun punyalah gelabah sebab takde persiapan apa pun.
Harap-haraplah takde soalan yang mencabar minda sangat. Hehe..
Nervous..


Sebelum intebiu tu, aku disuruh jawab soalan matematik, english dan apa lagi satu paper tu. Tak ingat.
Alamak... Tapi nasib baik jugak, dia bagi kalkulator. fuhhh... hehehe...


Masa intebiu tu, macam-macam jugak soalan peribadi yang ditanya contoh macam, dah ada anak ke. Aku jawabla "Belum".
"Oh, takpe. Awak kan masih muda. "
 "Muda ke?" aku jawab balik. Dalam hati aku berkata, dah nak masuk angka 3. Belum juga ada rezeki. "Lagipun, tahun lepas saya miscarriage" tambah ku. Itupun aku tengok dia tulis kat form aku tu. Erm... Penting ke?




Wish me luck...


Aku tak confident masa jawab soalan yang diajukan. Iyelah, PMS ni buat aku tak selesa. Betul. Aku tak tipu. Apapun, yang penting, aku dah cuba yang terbaik.


Balik tu, aku temankan husband buat kerja dia, pergi buat copy dokumen, pergi bank. Then, Pergi jumpa customer pulak. Aduh... Lapar.... Sambil husband buat kerja dia, aku makan dulu.

Selesai sudah, husband bawak pergi makan satay pulak. Teringin nak makan satay katanya.
Dalam kami duduk-duduk makan tu, I got a call. 

"Hari Isnin, awak datang, report kat HR dulu ye."
"Alhamdulillah, syukur ke atas rezeki yang Kau berikan Ya Allah".

  

Friday, September 23, 2011

Kek Lumut

Bahan-Bahan:


2 Bar Butter (500gm) - saya suka butterlite 
1 packet kecil minuman Horlick
10 biji telur
1 tin kecil susu pekat manis
Biskut marrie (dihancurkan seperti tepung)
Sedikit Pewarna hijau


Cara-cara:


1. Pukul Butter bersama telur sehingga kembang
2. Masukkan susu dan kacau hingga sebati
3. Masukkan Horlick dan kacau
4. Masukkan biskut marrie (dihancurkan seperti tepung) sehingga agak agak pekat.
5. Masukkan pewarna hijau.
6. Kukus sehingga masak.






p/s: patutlah yang hari tu buat tak menjadi, salah bahanla.... sekarang dah tau,harap-harapla menjadi.

Monday, September 19, 2011

Selesai...

Tenang dan lega selepas hal itu diselesaikan cara damai. Sekurang-kurangnya, taklah serabut sangat kepala bila asyik memikirkannya. Thanks dear for the confession. Dalam hal itu, tak adalah bermaksud nak menunding jari pada sesiapa apalagi nak menyalahkan. Cuma ingin tahu kebenaran disebaliknya.

Alhamdulillah... Semuanya sudah terjawab.

Takkanlah tak nak bertegur sapa sampai bila-bila. Kan kita dah semakin menginjak usia dewasa. Sudah masak dengan perangai manusia yang bermacam ragam, tahu baik dan buruk. Rasanya dah tak main dah " xmok geng " bak kata orang Sarawak. hehehe...





p/s : tenkiu coz maok geng kamek balit... lep manyak2!!!

Friday, September 16, 2011

T.B

Apa T.B tu ek? hehehe... Telefon Bimbit la. Telefon aku kali ni adalah telefon pemberian hubby kesayangan. Selalu juga aku merungut dengan telefon ni, kataku, tak best! hehe... Mengada-ngada betul. Dah orang bagi tu, terima je lah. Bukan senang orang nak bagi kan?

Aku ni jenis berkepit ngan telefon bimbit. Tak kiralah kalau ke dapur, memang aku akan bawak juga.

Nak dijadikan cerita, oleh kerana terlalu akrabnya aku dengan sang T.B ni, boleh jugak aku tertinggalkan T.B ni kat rumah sorang kawan. Punyalah gelabah aku masa tu. Tuhan je yang tau. Padahal aku confident sangat yang aku dah letak T.B tu dalam beg aku. Herm...

Dah difikirkan balik, Ya Allah... Disebabkan rasa bersalah aku tak bagitau kat my dearest husband yang aku keluar, time dia call tu, aku terus cakap, aku nak balik. That's why lah T.B pun boleh tertinggal. Itulah, lain kali, kalau nak keluar, mintaklah permission dulu, then, perasaan akan tenteram bila husband bagi green lite.

Selalunya, aku akan alert dengan T.B. Tengah-tengah malam pun aku akan still bermesej, jenis aku ni, kalau lepas jumpa kawan, aku akan hantar mesej, bagitau "thanks for the meeting". Tapi malam tu, lain pulak ceritanya. Aku langsung tak ambil peduli dengan T.B ni. Sampailah ke pagi, aku buat bodoh je dengan T.B. Tak cari pun.

Sehinggalah husband bagitau, "kejap lagi kita keluar makan, awak bersiap ye". Terus ingatanku fokus kepada T.B. Macam kucing hilang anak aku selongkar beg, kereta, bilik, dapur. Tak ada.

"Yang, camane ni?"

"Selalunya awak alert dengan henpon, semalam tak pulak. Pelik betul" macam menyindir je husband aku ni. Aku call orang sana sini. Itulah masalahnya bila aku tak simpan no henpon orang manually. Semua keep in phone book.

Akhirnya, kakak kepada kawanku yang baik hati, reply me back. She gave me her sister hand phone no.

"Maaf menyusahkan".

"Takpe. Small matter".

Selamat. Aku dan husband meneruskan misi nak pegi makan. Dengan senang hati baru aku dapat nak menjalani hidup seperti biasa. Kupinjam hand phone husband, dial no my friend ni. Alhamdulillah... Memang tertinggal kat rumah dia.

"Nanti aku hantarkan kat kau ye"

"Thanx babe!"

 Start from now on, aku akan selalu jaga my property dengan baik, apalagi hadiah pemberian buah hati.

Tuesday, September 13, 2011

Jujur


Dulu begini lah rapat nya kita. Bila terjadi nya peristiwa itu, kita putus hubungan. Rasanya perkara itu tak usah lah dibesarkan. Aku hanya menuturkan apa yang sewajarnya kau ketahui. Aku juga punya perasaan, wahai sahabatku. Lagipun, tiada salahnya aku meminta kepastian. Ingin aku tahu sejujurnya darimu.

Di atas kelancangan mulutku, membongkarkannya, secepatnya aku kau singkir.

Adakah hanya itu sisa rasa kasihmu sebagai sahabat?

Aku tidak merasa terhina dengan keputusanmu tapi mungkin aku tidak sepatutnya berada dikelompok teman-teman mu yang lain. Aku tidak se gah mereka. Raut ku juga terlalu jauh dibanding mereka.

Terkadang aku rindu momen manis kita bersama namun itu cuma membuang masamu bagi mengenangku. Aku hanya menyusahkan hidupmu yang nyata senang dan bahagia sekarang.


Duit, oh, duit! kenapalah selalu tak cukup?

Bila dikenangkan, macam tak mensyukuri nikmat Tuhan lah pulak, tapi bila difikir-fikir, walau sebesar manapun gaji kita tetap tidak akan cukup untuk menampung hawa nafsu kita. Segala kehendak nafsu nak dituruti. Selagi tak dapat nanti, tak boleh tidur malam lah, tak senang duduk lah... Kadang-kadang tak paham jugak tabiat manusia ni. Padahal yang keperluan tu yang penting, bukannya kehendak . Keperluan adalah, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Yang lain2 tu pelengkap je. Kalau tak ada pun takpe. Still boleh hidup jugak.

Dulu, masa time aku masih 'single', muda remaja (sekarang ni dah tua ke?hahaha) time yang paling menyeronokkan adalah masa dapat gaji.


Masa tu lah, me reward kan diri dengan macam-macam barangan wanita, kasut, baju, beg dan entah apa-apa lagi benda yang tak berfaedah.
Bila dah tengah bulan, pening pulak kepala, duit dah tak cukup. Belanja selalu tak ingat dunia. Adakah kerana itu semua kerana pemikiran muda? atau pemikiran yang tak berlandaskan ilmu?

Kerana duit macam-macam jugak boleh jadi, membunuh, merompak sepertimana dalam kes arwah Datuk Sosilawati. Itu adalah antara punca keburukan bila terlalu taksub dengan kesenangan duniawi.
Dengan duit, kita juga boleh membuat kebaikan, kebajikan bagi merapatkan silaturahim sesama muslim.

Teringat kisah seorang makcik yang beranak 6. Tinggal di rumah kos rendah, yang mempunyai dua bilik, dengan 1 bilik mandi dan tandas. Begitu sempit.
Makcik ni punyalah baik, jaga anak pun tip top tapi masalah kewangan seringkali menjadi topik utama dalam kehidupan kita sehari-hari.
Dia pun selalu cakap, bila nak dikira memang la tak cukup, memangla rasa semput tapi apakan daya, demi anak-anak dia redah jugak, meniaga kueh-mueh. Suami nya bekerja sebagai tukang buat rumah. Biasanya, kalau ada kerja kiranya, ada orang panggil buat rumahlah, barulah ada gaji. Anak-anak pun makin hari makin membesar. Macam-macam nak kena beli, barang-barang sekolah lagi.
Benda yang sebegini membuatkan aku berfikir, tak cukupkah apa yang aku ada sekarang?
Oarng lain yang lebih susah masih boleh tersenyum dengan apa yang diaorang ada, sedangkan kita bagai dah tak boleh hidup lagi dah, padahal yang tak ada hanyalah kasut baru, beg baru, baju baru. Susah sangat kah?

Dengan dengan segala kudrat yang ada, kita masih mampu berusaha, bukannya mengharapkan pada yang ada. Bersederhana dalam setiap aspek kehidupan agar senantiasa sejahtera. Amin...

Saturday, September 10, 2011

Selamat Hari Raya 2011...

Setelah sekian lama menyepi, sekali lagi perkhabaran kubawa.Kali ini, mengenai Hari Raya Aidil Fitri 2011. Kurasa begitu pantas masa berlalu, sudah 9 bulan kita meninggalkan tahun 2011.



Umur pun dah semakin singkat. Bulan puasa yg lalu



masaku byk dihabiskan dengan meniaga di Bazaar Ramadhan Satok, Kuching. Start pukul 11:00 pagi (bertolak dari rumah) sampai pukul 8:30 malam (sampai ke rumah). 



Tahun ini, kitorang meniaga cucur campo (macam yong tau fu jugakla, bezanya, yang ni, goreng)  + Apam balik 


Alhamdulillah... rezeki boleh tahan jugak. At least kita usaha, dari duduk diam, tunggu duit masuk. hehe..



Muka senyum sebelum start meniaga. Banyakkan senyum sebelum meniaga biar murah rezeki, amin...
Dah penat meniaga, mencari rezeki di bulan puasa, sekarang tiba Hari Raya..


Selamat Hari Raya Aidi Fitri
Maaf Zahir Batin semua...





comel 3x!!!

 

Wednesday, July 27, 2011

dulu & sekarang

Masa kat tpt lama, aku org lama, perangai lama, pakaian lama, suma lama....




macam ni la...

Sekarang, aku dah tukar semuanya yg baru. Lagipun senang, sejuk, tak payah nak fikir style rambut la, tak payah nak fikir baju macam manalah...



Semoga segalanya berjalan lancar selepas ini, walaupun adanya rintangan, Insya-Allah aku akan usahakan agar bisa menghadapinya... amin...
Terima kasih atas rahmat dan hidayah - Mu, ya Allah...

Tupperware...

Aku ni gila tupperware... hehehehe...
Betol,xtipu. Ni antara koleksi ku.















2 bekas 1 penutup. Sangat praktikal.


















selepas ditutup jadi mcmnie la ye puan,puan... Comel...

















Kalau pakai 1 je, mcmnie.























yg nie pun cute.

















tadaaa... Ni utk Raya.




Yg nie pon same, cuma pattern dia tinggi. Xdela niat nak show-off just nak kongsi2 hobi, kesukaan, kegilaan pada barangan kesukaan. hehehehe... Sharing is caring kan kawan-kawan?

















Saturday, July 23, 2011

Hubby demam... :(

Hari Rabu, 20/7/2011

Hubby ku balik keje kol 5 lebih, dengan gopoh nya, masuk ke rumah. Aku pun xla kisah sgt sebabnye aku tengah tido2 ayam. hehehe... Xde kejo lain aku nie kan? Kemudian, dia kejutkan aku, katanye, badan dia panas. OMG! Demam ker? Hubby aku kalau demam, biasa nye lah, ambik mase ckit. Itu yg aku risau tu.
Dia makan mi sedap yg aku tinggalkan, minum air suam pastu, telan 2 bijik active fast. Apa lagi, terus berselimut.

Aku tau, dia tak kan mau ke klinik. So, aku takkan bangkitkan soal klinik ni. Dia pun dah biasa, telan panadol, baik, Dah. Fullstop.
Hari pertama, dah makan ubat, mlm ckit badan dia dah start berpeluh-peluh. Dah ok semua, tiba lah masa tido. Then, pagi-pagi tu, badan dia sejuk plak dah. Macam dalam peti ais bila aku pegang. Dia siap begegar-gegar satu badan. Adoi, camane nih? Padahal dia tido dlm selimut yg kaw2 punya tebal. Aku plak yg tak tahan, panas tu. Iyelah, duduk pun rumah teres, manelah sesuai pakai selimut standard hotel. Itupun, hadiah kawen dr office mate. oke, berbalik cite selimut tadi, ala... Selimut yg macam kat hotel tu (sempat lagi nak explain camane rupa selimut tu) hehehehe....



* lebih kurang macam ni...

Aku punyalah gelabah, masak air panas, buatkan air milo panas, biar turun sikit sejuk tu. Bagi dia minum ubat, dia telan lagi 2 bijik. Setau aku, kalau badan panas letak jer tuala yg basah, itu untuk kurangkan panas. Ni kalau badan sejuk?

Apepon, aku buatla apa yg aku reti. Yg penting laki aku sembuh semula.

Dua hari dia kena demam teruk. Panas turun naik, pastu sejuk menggigil-gigil. Hari ketiga, bangun awal pagi, badan dia sejuk balik. Aku bancuh air milo panas. Selimutkan dia, biar badan dia panas. Alhamdulillah lah, satu hari tu, badan dia berpeluh sakan. Lencun abis. 3 hari dia demam, 3 hari jugak aku pujuk manja-manja, nak bawak dia pergi klinik. Hati mana tak sedih bila tengok dia sakit. Tuhan je yg tau hati aku time tu.

Memang pengalaman lah, merawat suami demam teruk ni. Dari situlah aku belajar menjadi isteri yg lebih baik. Cewah! Baik ker? hehehehe... Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Disebabkan itulah, kena beringat sebelum kena.

Tuesday, July 19, 2011

Blog KesukaaN ku....

Salam sayang buat sume....


p/s: eyh2... nie gambar aku. website Puan Filla ade ku letak kat bawah tu ye.....

Entri kali nie nk cakap pasal blog yg paling aku suke. Tiap kali kalau bukak blog, nak post entri, mesti baca punye.... wlpn kadang2, dah 2,3 bulan xbukak blog, tetap akan bukak & baca.
Blog Puan filla nie aku respect sebab pernah dapat award, maksudnye, hasil kerjanye diikhtiraf.
Setiap crite dia, salu buat aku nak bace lagi, & lagi & lagi.... Kadang2 gelak sesorang bace, memang best lah!

http://kasihaleeya.blogspot.com/


Best gile... suke sangat. keep it up babe!!!

Tuesday, July 12, 2011

My Online Business

Starting on 5/7/11 my online business is operated. I started it slowly coz if we wanna noe how it feel as a businesswoman, we need to start it first.

Da start, barula tau camane rasenye meniage nih...

Adoi, pening gak... hehehe... Xpe, slow2, satu2...



Kalau nak tengok aku punye blog meniage tu - http://isfuzzy-c@blogspot.com/

Makan time lagi...

Macam syok plak makan kat After Four , Jalan Rubber.

Nie muke org posing, dalam keadaan lapar... hehehehe... Sempat lagi tu...

Menu nye;



















Butter Chicken Rice



















Banana Split


Sedap nyer, jadi lapa plak bila post pasal makanan nih. Adui... Hubby.... Cepatla balik kije, kite makan same2....

Yeay!!! Dapat gift.

30/6/11 yg lepas, kawan ku yg came from KL gave me a gift. Actually, aku yg mintak die belikan coz aku da tolong die booked kan bilik hotel. hehehehe... Nakal nyer, da tolong, mintak upah plak? kihkihkih... Jangan mara yer kwn. Apepon, TQVM to my friend yg baek hati, belikan jugak aku hadiah....

nak tengok tak hadiah ape?

tadaaaaa.............

nielah die, cute bag for me...