FollowerS

Saturday, November 16, 2013

5 years

Tarikh 14 November 2008 adalah tarikh kami disatukan. Bila ingatkan balik banyak jugak pahit manis yang dilalui sebelum kahwin dan selepas kahwin.

5 tahun adalah tempoh yang agak panjang jugakla untuk kami. Kadang malas jugak nak cerita pasal anak. Kan? Cemburu tau tengok anak kawan-kawan dh berlari ke sana sini, ada yang dah masuk tadika, sekolah rendah tak kurang jugak ada yang dah nak masuk sekolah menengah. Aduhai... ketinggalan nyer. Apapun semua itu kuasa Allah. Kita hanya merancang.

Okla, tak nak sedih-sedih. Yang penting, dah dapat hadiah pon. Hehe...


Tadaaaaaa.... Perfume by Giorgio Armani. Sedap sangat bau dia. Sayang pulak nak pakai. Hehe...

Thanx sayang for the gift! Semoga hubungan kita kekal hingga akhir nyawa. Amin2... 

Love u so.... 




Thursday, November 7, 2013

RIP Loki

Kesibukanku kebelakangan ni membuatkan aku banyak mengabaikan perkara yang rutin contohnya bermesra serta bermain-main dengan anak-anak kucing kesayanganku terutamanya Loki. Dia mudah mesra jika kena caranya.

Apakan daya, sudah jatuh ditimpa tangga. Kematian Loki membuatkan aku betul-betul terpukul. Aku jadi resah, panik serta sedih.

Sehari sebelum kejadian, aku melihat nya lemah tak bermaya. Rupanya itu petanda dia akan pergi selamanya.

RIP Loki... We gonna miss u...


Otw ke klinik

Aduhai comel nyer

Kerinduan melanda


Kali terakhir Loki tak balik, bila ditemui, rupa nya kat atas pokok. Semalaman dia berhujan. Keesokkan pagi pulak terus bagi mandi. Mungkin itu salah satu penyebab pemergiannya. Dia dalam keadaan demam kemudian kena pulak air secara mengejut. 😭





Anak Coco

Sungguh pantas masa berlalu. Alahai... rasa xnak jer bertukar tahun. Macam nak stay jer pada masa ni. Erm... Yang pasti masa takkan dapat diputar kembali.

Bermula dengan kisahku pregnant, keguguran, pastu kematian Kiki... Ya Allah... Lepas satu, satu.

Bukan xredha tp aku kan manusia biasa. Lemah lagi hina.

Apapun, dalam duka ada juga sukanya. Pada awal pagi 24.9.13 Coco telah selamat melahirkan 4 ekor anak. Tapi cuma 3 yg survived. 2 putih seekor lagi belang. Sangat comey! Eeee...

Yang seekor tu iras Kiki. Ada jugak pengubat rindu bila kenangkan dia. Untuk memperingati Kiki, awal dah cop letak nama Kiki jugak. We miss you so much Kiki...

Buat tatapan semua...








Selamat malam...

xoxo!