FollowerS

Wednesday, June 12, 2013

Hadiah

Nak post gambar banyak-banyak dalam entry kali nie. Jangan bosan yer... hehehe...
Siapa tak suka kena bagi hadiah? Angkat kaki? Haha.. Gila apa tak suka?
Tak kiralah, hadiah dari orang lain ataupun diri sendiri mestilah gumbira kan?


1. Hadiah from my lovely sister in law yang baru balik dari Singapore. Tq sis!











2. Hadiah dari cik suami . Setelah lama mengidamkan ni, akhirnya dapat jugak. Alahai, takdelah lama mana sangat. Cik suami beli yang dia punya bulan 12, aku dapat bulan 2. 2 bulan jer.... hehehe...






Note 2. Colour: Marble White



3. Untuk kemudahan pergi keje. Ni lah yang banyak berjasa. Usia pon baru setahun jagung... hehehe... Tempat keje just sekangkang kera jer, takyahla nak pakai kereta bagai. hahaha... Tq darling!






4. Jam tangan.
Aku ni takdelah gemar dengan koleksi jam tangan ni. Tapi kalau orang bagi, tunggu apa lagi. Sambar jer lah... hehehe... Kata cik suami nak sama dengan dia punya jam. So, sehati sejalan sejiwa ker? Hahahaha...




Comel kan? :)


5. Hadiah kawen dari kengkawan sama keje. Aku dapat tahun 2009. Masa tu hari bersanding. 8.3.2009.




Sangat suka coz I love the colour! Tq guys!!!




6. Sekarang ada hobi kumpul koleksi tudung. Beli memanjang. Pakainya tidak. Hahahaha...  Tapi dalam banyak-banyak tudung paling suka yang ni. Butterfly...







7. Hadiah dari cik suami lagi. Sangat suke! Bling2!!! Cincin...






8. Hadiah untuk kiteorg. Hadiah suami isteri...  Penghargaan untuk masing-masing...



From The Body Shop... bau-bauan yang sangat sedap...





9. Set kecantikan from Safi Rania Gold. Hadiah untuk diri sendiri. Tak nak muka kedut. Sila amalkan yer puan-puan... hehehe...








10. Hadiah oh hadiah....



Hadiah ni yang paling mahal... u are so special in my life sayang....



Takdelah banyak mana pon gambar. Hahaha... last-last jiwang karat.! Aduhai... Lucu deh!  Petang-petang ni sangat sesuai nak bermanja-manjaan okeh... hahaha.... geli!

Apepun, terima kasih sayang atas segala kasih sayang mu selama ni. Walaupun kita masih berdua, kamek sayang kitak ketat-ketat. Hehe... 
Tak kisah la berdua ke bertiga ke yang penting kita bahagia. Gaduh-gaduh tu biasalah... Love you always! :)

Hang out with buddies

Lama dah tak jalan keluar, happy-happy, lepak-lepak. Haritu berkesempatan jugakla nak ber'dating' dengan kengkawan ni.

Mulanya kiteorang pergi melantak dulu sebab one of my friend lapar. Kesianlah pulak kan? Masing-masing order lah makanan.

Aku order Bee Hoon Goreng Kerang (walaupun aku tak makan kerang) dan air Bandung Laici. Perghhh... Sedap betul. Sampai meleleh air mata. Sebab sambal dia sedap, pedas-pedas gitu.

Niza order Kway Teow Kerang dan air mineral. Tak larat  nak minum air manis-manis sangat. Huhuhu...

Lina pulak order Bee Hoon Goreng Special dan Coffee Ice @pun Kopi Peng kalau kat Sarawak. Hehehe...

Masa makan tu, macam-macam cerita lama keluar balik. Cerita time satu tempat kerja. Sekarang, masing-masing dah bawak haluan masing. Lina dah kerja Airlines, Niza pulak kerja  kat 360 hotel.  Aku kerja kuli... hahahaha... Rahsia eh... Takde

Done with our dinner, kitapun mengorak langkah ke sebelah, ke Harbour View Hotel. Nak karaoke... Layan...



Inilah my buddies ~ Lina & Niza
Penat dah berdiri, sembang bagai dengan old friends, tukar pulak posisi duduk. Hahaha...




Entahlah apa yang budak berdua ni borakkan...


Manis jer minah dua orang ni kan? Jeles tau... Sebab tu yang takde ambik gambar bertiga. Aku jadi  cameraman jer. .. huhu...


Jommm...

45 minit tunggu Lounge bukak. Alahai.... Takpe, yang penting boleh nyanyi...



Let's have a sit babeh....


Kat kaunter tu Mr. Keegan... hehehe... 
Kat sini kite 3 orang keje dulu...



Memang happening la mlm tu... Kesian Lina tak sempat nak nyanyi habis lagu yang dipilih. Niza rushing nak balik takut mak marah. Anak mak tu... hehehe... Jangan marah yer adinda. Gurau-gurau manja... 

Telatah


Nak buat entry marathon la. Dah lama sepi, ni sekali nak buat 3, 4 entry sekali boleh? Hehehehe...

Aku kan tak ade anak buat masa ni, jadi untuk menyedapkan hati sendiri, aku snap-snap gambar anak kucingku. 



Kiki ni suka termenung... hehe...



Besantai lepas penat main kejar-kejar



Coco suka panjat almari tv ni, pastu pose....




Kiki... tengok sini.... nak snap ni... pham je kan!



Kiut jer posing macam tu...


Ini pulak telatah dieorang tido....


Rasanya pernah upload di Instagram gambar ni... hehehe...

Best sebetulnya bela kucing ni. Dieorang sangat manja, suka dimanja, bila kita ajak bergurau dieorang pandai beri respons yang baik sampaikan kite gelak-gelak dengan aksi dieorang yang mencuit hati.

Kalau balik rumah, dieorang dah standby depan pintu. Sambut kedatangan tuan. Hehehe...

Kalau Kiki ni, dia jenis cool jer, muka takde perasaan hubby cakap. Coco pulak, pandai action. Hehehe... Pintu rumah memang tak dapat ditengoknya terbukak luas, memang cepat dia berkejar keluar rumah. Hai.... Coco, Coco...  Kiki rilek jer bila kita sidai baju kat luar. Dia pandang jer kita dari bawah kerusi. Memang heartless.  Hahahaha....



Kisah Lama vs 360 Hotel...

Ada lah satu hari ni. Bosan-bosan sebelum pergi keje, aku lepak ngan sorang kawan ni. Kira best friend jugak ni. Kadang BBM, kadang What's app. Orangnya pun kepala gila-gila jugak. Hehehe... Sorry geng mengata kau kat sini. Peace!

Padahal kawan aku ni tengah keje boleh lagi bawak aku jalan-jalan kat tempat keje dia. Cayalah...




Ha.... ni lah dia. Kaunter daftar masuk dan daftar keluar. Kawan aku tu bekerje sebagai Guest Services Assistant @ lebih senang dipanggil Receptionist. Hehehe... Comel kan orang nye? Memang comel lote!

Dulu itulah jugak kerja aku. Dok buat c/in, c/out. Buat calculation,  jaga cashier.  Best!!! Jumpa macam-macam ragam manusia. Siap gaduh pon ada. Iyelah, mana nak sedapkan hati semua pelanggan kan? Kadang salah dieorg, tapi yang kene menjawab dengan bos nya kita ni. Tak ke pening tu?

Sekarang tak boleh dah. Bukannya ape, kerja shift ni payah sikit. Kadang tu lebih ke letih nya aje. Masa kita tak sama dengan orang sekeliling. Bagi yang dah beranak pinak tu. Mana anak lagi, suami lagi. Memang penat gile lah. Lain pulak kalau shift tengah malam. Adushhhh... Tau-tau, balik keje pagi tu, confirm membuta. Hahahaha....

Ok, ni nak show picture yang sempat di snap masa gi tempat kerja my friend ni ~ Niza. Enjoy! ;)


Kawan sebelah Niza tu malu.... hehe...


Sempat lagi posing minah ni. Hehe.... Nasib baikla comel. Ha! Niza... Faham-faham lah ye, orang dah puji ni. Nanti belanja makan ek...





Ni adalah Lobby utk Tower A, Hotel 360 lebih luas dari Lobby untuk Tower B.






Ini adalah view from pool side. Sangat cantik... Sejuk mata memandang walaupun hari panas. Hihi...




Ni pulak untuk santai macam omputih tu, letak sun block pastu baring2.... Best kan?







Ni view from atas. Bileh nampak semua bangunan. Cantik sangat. Lebih-lebih lagi time sunset tu. Perghhhhhh.... time ni kol 10 lebih pagi memang sunrise sangat but still cahaya matahari yang elok. Kalau pukul 11 pagi dan ke atas tu, tak bagus kalau berjemur ok. Kalau naik atas ni, tak boleh bersandar kat tepi pemegang besi tu tau. Memang bahaya. Untuk snap gambar tu bolehla, itupun untuk orang dewasa jer ok?







Ni dia model yg tak berapa nak model ni sedang melangkah naik ke tingkat tadi tu. Hehhee... Sebelum ke tingkat atas tu kena naik tangga ni dulu yer. Gambar dah tunggang-tebalik dah ni. Hahaha.... Harap faham yer apa yang nak disampaikan ni. ;)




Ni gambar tingkat atas bersama model... hehe... Tadi tu takde model...



Another view from top... Like it so much!




Ni pulak gym kat Hotel 360 ni. Besar ok... :D





Ada jugak view cantik dalam gym ni... Apelagi? Snap lah terus.... hehehe...




Dah settle meninjau-ninjau kat atas,  turun pakai lift, ikut Lobby Tower B. Inilah dia Tower B. Tower B ni kecik sikit ruang legar dia sebab Tower B dulu yang bukak then, barulah Tower A fully open dengan kebesaran ruang legar yang lebih dari Tower B.


Ok, bagi yang berminat nak jalan-jalan kat Kuching, Sarawak boleh lah menempah bilik di sini, 360 Urban Resort Hotel. Selamat bergembira... hahaha... iklan lah sangat!

Tel: 082 - 484 888
H/P: 012 - 889 0360
Fax: 082 - 484 999
Email: reservation@360kuching.com



Thursday, June 6, 2013

Sentap

Assalam semua. Entry hari ni nak cerita sikit pasal hati dan perasaan. Emo ker? Tak lah... hehehe.. Biasa jer.

Biasalah manusia ni kan, hati memang nak kena jaga. Macam tu jugaklah cerita nya dengan aku.

Entahlah. Nak kata cepat sangat melenting, iye kot?  Hahaha... Tak nak mengaku... hahaha... Apasal gelak tak ingat dunia ni? Ok2, tarik nafas dalam-dalam then, hembus. Ha... ok dah? Orite! Sambung balik dengan cerita kita ni.

Aku ni jenis kuat merajuk @ kecik hati. Mungkin bagi sesetengah orang benda tu over sebab dah tua-tua macamni masih lagi berperangai macamtu. Tak sesuai katanye. Haih! Macam mana tak kecik hati dik non, tiba-tiba boleh tegur cakap " awak ni gemuk jugak ye!" Tak ke sentap dengar ayat tu. Padahal yang menegur tu kenal pun tidak. Aduh....

Bukannya nak kisahkan apa yang orang komen kat kita. Mungkin bagi sesetengah orang komen yang dibagi tu komen yang membina. Iyeker? Tak nampak membina pun. Nampak macam menyampah adalah.

Ok, macamni, kalau kita nak bagitau tentang fizikal seseorang yang tak menarik, pakailah ayat yang dapat diterimapakai.  Contoh: "Awak makin berisi lah sekarang" Kan... sedap jugak kita ni mendengarnya. Takdelah terkebil-kebil depan orang ramai kita menahan malu kan?

Iyelah, mungkin kerana faktor usia jugakla perasaan ni sering berbolak-balik menyebabkan aku mudah sangat sentap. Apa yang orang sekeliling kita lalui tak semestinya sama dengan apa yang kita lalui.

Orang yang kahwin setahun dua dah menimang cahaya mata. Aku pulak dah nak masuk 5 tahun kahwin ni, belum jugak berezeki.
Faktor ni lah yang paling kuat aku rasakan yang buat aku mudah sangat terasa hati. Bukanlah maksudnya manja sangat sampaikan tak boleh salah sikit tapi orang tak berada di tempat kita, susah kita nak explain. Yang merasainya jer yang faham.


Bagi yang pernah terkena tempias api kemarahan aku tu, aku susun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf dari korang. Semoga korang dapat memahami kenapa aku ni mudah beno nak sentap... :)