FollowerS

Saturday, November 16, 2013

5 years

Tarikh 14 November 2008 adalah tarikh kami disatukan. Bila ingatkan balik banyak jugak pahit manis yang dilalui sebelum kahwin dan selepas kahwin.

5 tahun adalah tempoh yang agak panjang jugakla untuk kami. Kadang malas jugak nak cerita pasal anak. Kan? Cemburu tau tengok anak kawan-kawan dh berlari ke sana sini, ada yang dah masuk tadika, sekolah rendah tak kurang jugak ada yang dah nak masuk sekolah menengah. Aduhai... ketinggalan nyer. Apapun semua itu kuasa Allah. Kita hanya merancang.

Okla, tak nak sedih-sedih. Yang penting, dah dapat hadiah pon. Hehe...


Tadaaaaaa.... Perfume by Giorgio Armani. Sedap sangat bau dia. Sayang pulak nak pakai. Hehe...

Thanx sayang for the gift! Semoga hubungan kita kekal hingga akhir nyawa. Amin2... 

Love u so.... 




Thursday, November 7, 2013

RIP Loki

Kesibukanku kebelakangan ni membuatkan aku banyak mengabaikan perkara yang rutin contohnya bermesra serta bermain-main dengan anak-anak kucing kesayanganku terutamanya Loki. Dia mudah mesra jika kena caranya.

Apakan daya, sudah jatuh ditimpa tangga. Kematian Loki membuatkan aku betul-betul terpukul. Aku jadi resah, panik serta sedih.

Sehari sebelum kejadian, aku melihat nya lemah tak bermaya. Rupanya itu petanda dia akan pergi selamanya.

RIP Loki... We gonna miss u...


Otw ke klinik

Aduhai comel nyer

Kerinduan melanda


Kali terakhir Loki tak balik, bila ditemui, rupa nya kat atas pokok. Semalaman dia berhujan. Keesokkan pagi pulak terus bagi mandi. Mungkin itu salah satu penyebab pemergiannya. Dia dalam keadaan demam kemudian kena pulak air secara mengejut. 😭





Anak Coco

Sungguh pantas masa berlalu. Alahai... rasa xnak jer bertukar tahun. Macam nak stay jer pada masa ni. Erm... Yang pasti masa takkan dapat diputar kembali.

Bermula dengan kisahku pregnant, keguguran, pastu kematian Kiki... Ya Allah... Lepas satu, satu.

Bukan xredha tp aku kan manusia biasa. Lemah lagi hina.

Apapun, dalam duka ada juga sukanya. Pada awal pagi 24.9.13 Coco telah selamat melahirkan 4 ekor anak. Tapi cuma 3 yg survived. 2 putih seekor lagi belang. Sangat comey! Eeee...

Yang seekor tu iras Kiki. Ada jugak pengubat rindu bila kenangkan dia. Untuk memperingati Kiki, awal dah cop letak nama Kiki jugak. We miss you so much Kiki...

Buat tatapan semua...








Selamat malam...

xoxo!






Monday, September 23, 2013

Keguguran kali ke 2

Maaf yer alls, ambik masa update entry. Kesedihan keguguran buat kali ke 2 buat aku ambik masa yg lama utk recover. Just nak share pengalaman keguguran for the 2nd time nie dgn u alls.

Keterujaan bila bakal menimang cahaya mata bagaikan musnah sekelip mata. Bila kata-kata doctor meyakinkan aku bahawa jantung bayiku sudah tidak berdegup lagi.

Mula nya bila diajukan doctor mengenai perihal bayiku yg tidak berkembang. Aku hanya redha walhal bila ditanya suamiku, hanya airmata yg menjawab persoalan ini semua.


Mengapa ini harus terjadi?



Sunday, July 28, 2013

Register Mengandung

24.7.13:

Hari ni nak temankan adik gi check-up anak dia yg no. 2 tu. Yang umur 8 bulan tu. Ikutkan appoinment dia petang. Aku time2 macamnie memang malas betul. Nak keluar jangan cakapla. Bersiap pun ala kadar je. Entahla. Apa yg buat aku ni letih sangat. Padahal tak buat apepon kat umah.

Dah kemas2, kitepun gerak gi Klinik Ibu dan Anak kat sini2 jer. So, jalan kaki jer.
aku dah tak berani nak pakai motor dah. Takut...

Sampai kat klinik, adik aku letak kad biru kat kotak yg disediakan. Sekali la aku tanya pasal nak register untuk ibu mengandung. Nurse kat situ cakap untuk ibu mengandung, kene register hari Selasa, pagi. Kalau macamtu tersalah hari lah aku pergi ni. Tapi takpe lah. Next week tu, sempat lagi nak siapkan benda2 penting yg diperlukan masa nak register tu nanti. Nurse kata kene bawak air kencing & sijil kawen. Orite! Takdelah susah sangat nak siapkan pon. hahaha...

Next week hari selasa tu 30.7.13. Pagi tu aku gi register kat Klinik Ibu dan Anak, petang aku gi buat ultrasound kat klinik yg aku gi awal bulan tu. Diharapkan semua berjalan lancar. Insya-Allah.. Amin2...


p/s: Tak sabar nak habiskan 1st trimester ni. Bukannya apa, aku xlalu nak makan, jeles tengok org makan sedap2... uarghhhhhhh.... :(

Wednesday, July 17, 2013

2nd check-up

2.7.13:

Sangat excited untuk 2nd check-up ni. Bersiap bagai sampai ke klinik tengahari jugak. hehe... Sebelum nak sampai ke klinik tu sempat jugak beli mineral water yg 1500ml tu. Doc pesan kena minum banyak air sebelum scan. Ok, doc... Sampai klinik mau setengah jugak habis air mineral tu.

Dah kat klinik, berdebar-debar jugak jantung ni. Tunggu turn rasa macam lama sangat... Haiya...

Bila nurse panggil, aku masuk bilik doc, doc pun tengok kad laporan aku. " Puan nak buat scan hari nie yer? Ok, baring dulu."
Aku tak sabar nak tengok baby nie, hahahaha... Padahal baru 5 minggu jer. Kecoh nyer...

Bila doc letak alat untuk scan pusing2 kat perut dia kata pundi kencing aku tak cukup penuh lagi. Kena minum lagi. La... Aku pun keluar, teruskan lagi minum air mineral yg bersisa yg aku bawak tu.
Minum punya minum, sampai nak abis jugakla air mineral tu. Kalau tak terpaksa, takde mau nak habiskan air tu. Sedap lagi air Coke! hahahaha...
Dah sarat nak terkencing, aku bagi la signal kat nurse tu. Diapun suruh aku masuk jumpa doc. Bila dh baring sekali lagi, doc cakap xnampak jugak. "Kenape ye?" doc tanya aku. Siapa yg doctor ni? Boleh plak main tanya-tanya mcmtu? Betul buat aku bingung.

"Takpe, kita buat urine test lagi. Untuk tengok tahap kandungan puan." Fuhhh...  Selamat, dapat kencing. Aku dah tak tahan ni. hehe...

Tunggu lagi turn aku. Dah settle sorang patient ni dengan anak dia yang demam tu, now, aku plak masuk balik bilik doc tu.

" Result urine test awak kali ni, a bit blur. Dikhuatiri disebabkan demam, kandungan awak tak menjadi. Sekarang ni, awak habiskan dulu pil Folic Acid tu, on 24.7.13 awak datang lagi untuk scan." Tak terkata sungguh aku dengan hasil check-up hari ni.

Aku keluar dari klinik dengan perasaan yang bercelaru. Adakah kisah lama akan berulang lagi? Ya Allah... Bantulah hamba-Mu ini.

" Nape yang?" soalku suamiku.

" Entahlah, doc cakap xnampak, takut tak jadi. Pening ah. Tak paham..."

" Pelik betul? So, camane ni?"

" Doc cakap tunggu hujung bulan baru cek lagi. "

" Apa yg lama sangat nak kene tunggu hujung bulan tu? Kejap lagi kita cek kat hospital lah. "

" Tak payahla, tunggu hujung bulan la. "

" Janganlah degil, cek lah lagi, saya tak puas hati ni. Biarlah tahu sekarang daripada nanti2 lagi lama nak menunggu tu. "

" Ok.. " jawabku mendatar, tak bersemangat langsung.

Kiteorg pun pergilah having lunch dulu. Langsung tak rase masuk ke anak tekak segala makanan yang aku suap. Fikiran aku melayang jauh. Lepas makan, Aku ajak suamiku ke klinik pakar wanita. Biarlah berhabis yang penting hatiku puas dengan segala kemungkinan.

Bila aku diperiksa oleh doc, aku dapat rasakan sesuatu yg lain pulak. Doc tanya ada rasa nak kencing tak? aku pun jawablah ya. Terus aku dibawa untuk ke bilik untuk di cek ultrasound. Lampu pun dimalapkan. Bila scan kat perut dia terus ada jawapan kepada kemusykilan aku tadi. Katanya rahimku ke belakang. So, kene cek melalui bahagian bawah. Aku disuruh duduk, then, bersandar, alat pun dimasukkan, terus nampak keajaiban Allah swt. Embrio memang di dalam rahim, bukan di luar. Memang confirm mengandung kata doc. Syukur Alhamdulillah...

After this, hujung bulan kene check lagi. Orite doc! Can't wait to see the progress of my baby...

I'M HAPPY!!!

Monday, July 8, 2013

Good news

25.6.13:
Syukur Alhamdulillah atas limpah kurnia yang Allah berikan kepada kami berdua.


Tadi aku pergi klinik untuk cek demam plus nak check jugak pasal problem aku yang belum jugak pregnant2 nie. At the same time memang aku demam teruk dan terlambat period about 5 days.
Masa menunggu giliran tu, aku punyalah kepanasan. Siap berpeluh lagi. Padahal kat klinik tu punyalah sejuk. Huhuhu... Biasalah temperature badan org demam nie, memang bertentangan dengan temperature badan org yg normal.
Dah sampai turn aku, selamba jer aku bercerita kat doc pasal demam, pasal aku terkena gigitan bed bug. Last2, aku bagitaulah kat doc pasal aku ni dah terlambat period. Terus doc panggilkan nurse untuk check urine.
Then, tunggu lagi.
After a few patients keluar masuk, doc panggil lagi.
" Ok, the result is positif yer Puan." Aku punyalah menangis bila dapat berita tu. Sampaikan doc bercakap pun aku dh tak dengar apa sebab memang shock giler... Subhanallah. Allah Maha Besar. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur ya Allah...






Kalau ikutkan my last period, my due is on 28th February 2014.
So, next Tuesday,  kene datang klinik lagi for ultrasound check.

Balik ke rumah, kene call hubby mintak tolong dia ambikkan kat klinik. Terus tak berani nak naik motor dah. Sebab aku punya history dulu. Tu yg buat aku more careful this time. Kiteorg tukar, hubby naik motor aku driving.

Mr. Husband pun ucap yg tak terhingga atas anugerah dari Allah ini. Alhamdulillah...

Tak sabar betul nak tunggu next week for another check-up. Yeayyy!!! Happy... :) :D


To be continued....

Wednesday, June 12, 2013

Hadiah

Nak post gambar banyak-banyak dalam entry kali nie. Jangan bosan yer... hehehe...
Siapa tak suka kena bagi hadiah? Angkat kaki? Haha.. Gila apa tak suka?
Tak kiralah, hadiah dari orang lain ataupun diri sendiri mestilah gumbira kan?


1. Hadiah from my lovely sister in law yang baru balik dari Singapore. Tq sis!











2. Hadiah dari cik suami . Setelah lama mengidamkan ni, akhirnya dapat jugak. Alahai, takdelah lama mana sangat. Cik suami beli yang dia punya bulan 12, aku dapat bulan 2. 2 bulan jer.... hehehe...






Note 2. Colour: Marble White



3. Untuk kemudahan pergi keje. Ni lah yang banyak berjasa. Usia pon baru setahun jagung... hehehe... Tempat keje just sekangkang kera jer, takyahla nak pakai kereta bagai. hahaha... Tq darling!






4. Jam tangan.
Aku ni takdelah gemar dengan koleksi jam tangan ni. Tapi kalau orang bagi, tunggu apa lagi. Sambar jer lah... hehehe... Kata cik suami nak sama dengan dia punya jam. So, sehati sejalan sejiwa ker? Hahahaha...




Comel kan? :)


5. Hadiah kawen dari kengkawan sama keje. Aku dapat tahun 2009. Masa tu hari bersanding. 8.3.2009.




Sangat suka coz I love the colour! Tq guys!!!




6. Sekarang ada hobi kumpul koleksi tudung. Beli memanjang. Pakainya tidak. Hahahaha...  Tapi dalam banyak-banyak tudung paling suka yang ni. Butterfly...







7. Hadiah dari cik suami lagi. Sangat suke! Bling2!!! Cincin...






8. Hadiah untuk kiteorg. Hadiah suami isteri...  Penghargaan untuk masing-masing...



From The Body Shop... bau-bauan yang sangat sedap...





9. Set kecantikan from Safi Rania Gold. Hadiah untuk diri sendiri. Tak nak muka kedut. Sila amalkan yer puan-puan... hehehe...








10. Hadiah oh hadiah....



Hadiah ni yang paling mahal... u are so special in my life sayang....



Takdelah banyak mana pon gambar. Hahaha... last-last jiwang karat.! Aduhai... Lucu deh!  Petang-petang ni sangat sesuai nak bermanja-manjaan okeh... hahaha.... geli!

Apepun, terima kasih sayang atas segala kasih sayang mu selama ni. Walaupun kita masih berdua, kamek sayang kitak ketat-ketat. Hehe... 
Tak kisah la berdua ke bertiga ke yang penting kita bahagia. Gaduh-gaduh tu biasalah... Love you always! :)

Hang out with buddies

Lama dah tak jalan keluar, happy-happy, lepak-lepak. Haritu berkesempatan jugakla nak ber'dating' dengan kengkawan ni.

Mulanya kiteorang pergi melantak dulu sebab one of my friend lapar. Kesianlah pulak kan? Masing-masing order lah makanan.

Aku order Bee Hoon Goreng Kerang (walaupun aku tak makan kerang) dan air Bandung Laici. Perghhh... Sedap betul. Sampai meleleh air mata. Sebab sambal dia sedap, pedas-pedas gitu.

Niza order Kway Teow Kerang dan air mineral. Tak larat  nak minum air manis-manis sangat. Huhuhu...

Lina pulak order Bee Hoon Goreng Special dan Coffee Ice @pun Kopi Peng kalau kat Sarawak. Hehehe...

Masa makan tu, macam-macam cerita lama keluar balik. Cerita time satu tempat kerja. Sekarang, masing-masing dah bawak haluan masing. Lina dah kerja Airlines, Niza pulak kerja  kat 360 hotel.  Aku kerja kuli... hahahaha... Rahsia eh... Takde

Done with our dinner, kitapun mengorak langkah ke sebelah, ke Harbour View Hotel. Nak karaoke... Layan...



Inilah my buddies ~ Lina & Niza
Penat dah berdiri, sembang bagai dengan old friends, tukar pulak posisi duduk. Hahaha...




Entahlah apa yang budak berdua ni borakkan...


Manis jer minah dua orang ni kan? Jeles tau... Sebab tu yang takde ambik gambar bertiga. Aku jadi  cameraman jer. .. huhu...


Jommm...

45 minit tunggu Lounge bukak. Alahai.... Takpe, yang penting boleh nyanyi...



Let's have a sit babeh....


Kat kaunter tu Mr. Keegan... hehehe... 
Kat sini kite 3 orang keje dulu...



Memang happening la mlm tu... Kesian Lina tak sempat nak nyanyi habis lagu yang dipilih. Niza rushing nak balik takut mak marah. Anak mak tu... hehehe... Jangan marah yer adinda. Gurau-gurau manja... 

Telatah


Nak buat entry marathon la. Dah lama sepi, ni sekali nak buat 3, 4 entry sekali boleh? Hehehehe...

Aku kan tak ade anak buat masa ni, jadi untuk menyedapkan hati sendiri, aku snap-snap gambar anak kucingku. 



Kiki ni suka termenung... hehe...



Besantai lepas penat main kejar-kejar



Coco suka panjat almari tv ni, pastu pose....




Kiki... tengok sini.... nak snap ni... pham je kan!



Kiut jer posing macam tu...


Ini pulak telatah dieorang tido....


Rasanya pernah upload di Instagram gambar ni... hehehe...

Best sebetulnya bela kucing ni. Dieorang sangat manja, suka dimanja, bila kita ajak bergurau dieorang pandai beri respons yang baik sampaikan kite gelak-gelak dengan aksi dieorang yang mencuit hati.

Kalau balik rumah, dieorang dah standby depan pintu. Sambut kedatangan tuan. Hehehe...

Kalau Kiki ni, dia jenis cool jer, muka takde perasaan hubby cakap. Coco pulak, pandai action. Hehehe... Pintu rumah memang tak dapat ditengoknya terbukak luas, memang cepat dia berkejar keluar rumah. Hai.... Coco, Coco...  Kiki rilek jer bila kita sidai baju kat luar. Dia pandang jer kita dari bawah kerusi. Memang heartless.  Hahahaha....



Kisah Lama vs 360 Hotel...

Ada lah satu hari ni. Bosan-bosan sebelum pergi keje, aku lepak ngan sorang kawan ni. Kira best friend jugak ni. Kadang BBM, kadang What's app. Orangnya pun kepala gila-gila jugak. Hehehe... Sorry geng mengata kau kat sini. Peace!

Padahal kawan aku ni tengah keje boleh lagi bawak aku jalan-jalan kat tempat keje dia. Cayalah...




Ha.... ni lah dia. Kaunter daftar masuk dan daftar keluar. Kawan aku tu bekerje sebagai Guest Services Assistant @ lebih senang dipanggil Receptionist. Hehehe... Comel kan orang nye? Memang comel lote!

Dulu itulah jugak kerja aku. Dok buat c/in, c/out. Buat calculation,  jaga cashier.  Best!!! Jumpa macam-macam ragam manusia. Siap gaduh pon ada. Iyelah, mana nak sedapkan hati semua pelanggan kan? Kadang salah dieorg, tapi yang kene menjawab dengan bos nya kita ni. Tak ke pening tu?

Sekarang tak boleh dah. Bukannya ape, kerja shift ni payah sikit. Kadang tu lebih ke letih nya aje. Masa kita tak sama dengan orang sekeliling. Bagi yang dah beranak pinak tu. Mana anak lagi, suami lagi. Memang penat gile lah. Lain pulak kalau shift tengah malam. Adushhhh... Tau-tau, balik keje pagi tu, confirm membuta. Hahahaha....

Ok, ni nak show picture yang sempat di snap masa gi tempat kerja my friend ni ~ Niza. Enjoy! ;)


Kawan sebelah Niza tu malu.... hehe...


Sempat lagi posing minah ni. Hehe.... Nasib baikla comel. Ha! Niza... Faham-faham lah ye, orang dah puji ni. Nanti belanja makan ek...





Ni adalah Lobby utk Tower A, Hotel 360 lebih luas dari Lobby untuk Tower B.






Ini adalah view from pool side. Sangat cantik... Sejuk mata memandang walaupun hari panas. Hihi...




Ni pulak untuk santai macam omputih tu, letak sun block pastu baring2.... Best kan?







Ni view from atas. Bileh nampak semua bangunan. Cantik sangat. Lebih-lebih lagi time sunset tu. Perghhhhhh.... time ni kol 10 lebih pagi memang sunrise sangat but still cahaya matahari yang elok. Kalau pukul 11 pagi dan ke atas tu, tak bagus kalau berjemur ok. Kalau naik atas ni, tak boleh bersandar kat tepi pemegang besi tu tau. Memang bahaya. Untuk snap gambar tu bolehla, itupun untuk orang dewasa jer ok?







Ni dia model yg tak berapa nak model ni sedang melangkah naik ke tingkat tadi tu. Hehhee... Sebelum ke tingkat atas tu kena naik tangga ni dulu yer. Gambar dah tunggang-tebalik dah ni. Hahaha.... Harap faham yer apa yang nak disampaikan ni. ;)




Ni gambar tingkat atas bersama model... hehe... Tadi tu takde model...



Another view from top... Like it so much!




Ni pulak gym kat Hotel 360 ni. Besar ok... :D





Ada jugak view cantik dalam gym ni... Apelagi? Snap lah terus.... hehehe...




Dah settle meninjau-ninjau kat atas,  turun pakai lift, ikut Lobby Tower B. Inilah dia Tower B. Tower B ni kecik sikit ruang legar dia sebab Tower B dulu yang bukak then, barulah Tower A fully open dengan kebesaran ruang legar yang lebih dari Tower B.


Ok, bagi yang berminat nak jalan-jalan kat Kuching, Sarawak boleh lah menempah bilik di sini, 360 Urban Resort Hotel. Selamat bergembira... hahaha... iklan lah sangat!

Tel: 082 - 484 888
H/P: 012 - 889 0360
Fax: 082 - 484 999
Email: reservation@360kuching.com