FollowerS

Friday, September 23, 2011

Kek Lumut

Bahan-Bahan:


2 Bar Butter (500gm) - saya suka butterlite 
1 packet kecil minuman Horlick
10 biji telur
1 tin kecil susu pekat manis
Biskut marrie (dihancurkan seperti tepung)
Sedikit Pewarna hijau


Cara-cara:


1. Pukul Butter bersama telur sehingga kembang
2. Masukkan susu dan kacau hingga sebati
3. Masukkan Horlick dan kacau
4. Masukkan biskut marrie (dihancurkan seperti tepung) sehingga agak agak pekat.
5. Masukkan pewarna hijau.
6. Kukus sehingga masak.






p/s: patutlah yang hari tu buat tak menjadi, salah bahanla.... sekarang dah tau,harap-harapla menjadi.

Monday, September 19, 2011

Selesai...

Tenang dan lega selepas hal itu diselesaikan cara damai. Sekurang-kurangnya, taklah serabut sangat kepala bila asyik memikirkannya. Thanks dear for the confession. Dalam hal itu, tak adalah bermaksud nak menunding jari pada sesiapa apalagi nak menyalahkan. Cuma ingin tahu kebenaran disebaliknya.

Alhamdulillah... Semuanya sudah terjawab.

Takkanlah tak nak bertegur sapa sampai bila-bila. Kan kita dah semakin menginjak usia dewasa. Sudah masak dengan perangai manusia yang bermacam ragam, tahu baik dan buruk. Rasanya dah tak main dah " xmok geng " bak kata orang Sarawak. hehehe...





p/s : tenkiu coz maok geng kamek balit... lep manyak2!!!

Friday, September 16, 2011

T.B

Apa T.B tu ek? hehehe... Telefon Bimbit la. Telefon aku kali ni adalah telefon pemberian hubby kesayangan. Selalu juga aku merungut dengan telefon ni, kataku, tak best! hehe... Mengada-ngada betul. Dah orang bagi tu, terima je lah. Bukan senang orang nak bagi kan?

Aku ni jenis berkepit ngan telefon bimbit. Tak kiralah kalau ke dapur, memang aku akan bawak juga.

Nak dijadikan cerita, oleh kerana terlalu akrabnya aku dengan sang T.B ni, boleh jugak aku tertinggalkan T.B ni kat rumah sorang kawan. Punyalah gelabah aku masa tu. Tuhan je yang tau. Padahal aku confident sangat yang aku dah letak T.B tu dalam beg aku. Herm...

Dah difikirkan balik, Ya Allah... Disebabkan rasa bersalah aku tak bagitau kat my dearest husband yang aku keluar, time dia call tu, aku terus cakap, aku nak balik. That's why lah T.B pun boleh tertinggal. Itulah, lain kali, kalau nak keluar, mintaklah permission dulu, then, perasaan akan tenteram bila husband bagi green lite.

Selalunya, aku akan alert dengan T.B. Tengah-tengah malam pun aku akan still bermesej, jenis aku ni, kalau lepas jumpa kawan, aku akan hantar mesej, bagitau "thanks for the meeting". Tapi malam tu, lain pulak ceritanya. Aku langsung tak ambil peduli dengan T.B ni. Sampailah ke pagi, aku buat bodoh je dengan T.B. Tak cari pun.

Sehinggalah husband bagitau, "kejap lagi kita keluar makan, awak bersiap ye". Terus ingatanku fokus kepada T.B. Macam kucing hilang anak aku selongkar beg, kereta, bilik, dapur. Tak ada.

"Yang, camane ni?"

"Selalunya awak alert dengan henpon, semalam tak pulak. Pelik betul" macam menyindir je husband aku ni. Aku call orang sana sini. Itulah masalahnya bila aku tak simpan no henpon orang manually. Semua keep in phone book.

Akhirnya, kakak kepada kawanku yang baik hati, reply me back. She gave me her sister hand phone no.

"Maaf menyusahkan".

"Takpe. Small matter".

Selamat. Aku dan husband meneruskan misi nak pegi makan. Dengan senang hati baru aku dapat nak menjalani hidup seperti biasa. Kupinjam hand phone husband, dial no my friend ni. Alhamdulillah... Memang tertinggal kat rumah dia.

"Nanti aku hantarkan kat kau ye"

"Thanx babe!"

 Start from now on, aku akan selalu jaga my property dengan baik, apalagi hadiah pemberian buah hati.

Tuesday, September 13, 2011

Jujur


Dulu begini lah rapat nya kita. Bila terjadi nya peristiwa itu, kita putus hubungan. Rasanya perkara itu tak usah lah dibesarkan. Aku hanya menuturkan apa yang sewajarnya kau ketahui. Aku juga punya perasaan, wahai sahabatku. Lagipun, tiada salahnya aku meminta kepastian. Ingin aku tahu sejujurnya darimu.

Di atas kelancangan mulutku, membongkarkannya, secepatnya aku kau singkir.

Adakah hanya itu sisa rasa kasihmu sebagai sahabat?

Aku tidak merasa terhina dengan keputusanmu tapi mungkin aku tidak sepatutnya berada dikelompok teman-teman mu yang lain. Aku tidak se gah mereka. Raut ku juga terlalu jauh dibanding mereka.

Terkadang aku rindu momen manis kita bersama namun itu cuma membuang masamu bagi mengenangku. Aku hanya menyusahkan hidupmu yang nyata senang dan bahagia sekarang.


Duit, oh, duit! kenapalah selalu tak cukup?

Bila dikenangkan, macam tak mensyukuri nikmat Tuhan lah pulak, tapi bila difikir-fikir, walau sebesar manapun gaji kita tetap tidak akan cukup untuk menampung hawa nafsu kita. Segala kehendak nafsu nak dituruti. Selagi tak dapat nanti, tak boleh tidur malam lah, tak senang duduk lah... Kadang-kadang tak paham jugak tabiat manusia ni. Padahal yang keperluan tu yang penting, bukannya kehendak . Keperluan adalah, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Yang lain2 tu pelengkap je. Kalau tak ada pun takpe. Still boleh hidup jugak.

Dulu, masa time aku masih 'single', muda remaja (sekarang ni dah tua ke?hahaha) time yang paling menyeronokkan adalah masa dapat gaji.


Masa tu lah, me reward kan diri dengan macam-macam barangan wanita, kasut, baju, beg dan entah apa-apa lagi benda yang tak berfaedah.
Bila dah tengah bulan, pening pulak kepala, duit dah tak cukup. Belanja selalu tak ingat dunia. Adakah kerana itu semua kerana pemikiran muda? atau pemikiran yang tak berlandaskan ilmu?

Kerana duit macam-macam jugak boleh jadi, membunuh, merompak sepertimana dalam kes arwah Datuk Sosilawati. Itu adalah antara punca keburukan bila terlalu taksub dengan kesenangan duniawi.
Dengan duit, kita juga boleh membuat kebaikan, kebajikan bagi merapatkan silaturahim sesama muslim.

Teringat kisah seorang makcik yang beranak 6. Tinggal di rumah kos rendah, yang mempunyai dua bilik, dengan 1 bilik mandi dan tandas. Begitu sempit.
Makcik ni punyalah baik, jaga anak pun tip top tapi masalah kewangan seringkali menjadi topik utama dalam kehidupan kita sehari-hari.
Dia pun selalu cakap, bila nak dikira memang la tak cukup, memangla rasa semput tapi apakan daya, demi anak-anak dia redah jugak, meniaga kueh-mueh. Suami nya bekerja sebagai tukang buat rumah. Biasanya, kalau ada kerja kiranya, ada orang panggil buat rumahlah, barulah ada gaji. Anak-anak pun makin hari makin membesar. Macam-macam nak kena beli, barang-barang sekolah lagi.
Benda yang sebegini membuatkan aku berfikir, tak cukupkah apa yang aku ada sekarang?
Oarng lain yang lebih susah masih boleh tersenyum dengan apa yang diaorang ada, sedangkan kita bagai dah tak boleh hidup lagi dah, padahal yang tak ada hanyalah kasut baru, beg baru, baju baru. Susah sangat kah?

Dengan dengan segala kudrat yang ada, kita masih mampu berusaha, bukannya mengharapkan pada yang ada. Bersederhana dalam setiap aspek kehidupan agar senantiasa sejahtera. Amin...

Saturday, September 10, 2011

Selamat Hari Raya 2011...

Setelah sekian lama menyepi, sekali lagi perkhabaran kubawa.Kali ini, mengenai Hari Raya Aidil Fitri 2011. Kurasa begitu pantas masa berlalu, sudah 9 bulan kita meninggalkan tahun 2011.



Umur pun dah semakin singkat. Bulan puasa yg lalu



masaku byk dihabiskan dengan meniaga di Bazaar Ramadhan Satok, Kuching. Start pukul 11:00 pagi (bertolak dari rumah) sampai pukul 8:30 malam (sampai ke rumah). 



Tahun ini, kitorang meniaga cucur campo (macam yong tau fu jugakla, bezanya, yang ni, goreng)  + Apam balik 


Alhamdulillah... rezeki boleh tahan jugak. At least kita usaha, dari duduk diam, tunggu duit masuk. hehe..



Muka senyum sebelum start meniaga. Banyakkan senyum sebelum meniaga biar murah rezeki, amin...
Dah penat meniaga, mencari rezeki di bulan puasa, sekarang tiba Hari Raya..


Selamat Hari Raya Aidi Fitri
Maaf Zahir Batin semua...





comel 3x!!!